Beyond the Breaking News

Mohd Na’im: Umat Islam perlu faham konsep ‘berkemampuan’ tunai haji

Malaysia News News

Mohd Na’im: Umat Islam perlu faham konsep ‘berkemampuan’ tunai haji
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

SEPANG: Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito’ah atau syarat kemampuan menunaikan haji, ka...

: Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito’ah atau syarat kemampuan menunaikan haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na’im MokhtarBeliau berkata bakal jemaah haji perlu memenuhi lima syarat kemampuan yang digariskan hukum syarak iaitu kesihatan yang baik; ada kenderaan pergi dan balik ke Tanah Suci; aman dalam perjalanan; kewangan mencukupi dan kebenaran pihak Arab Saudi.

Bercakap pada sidang media pada Majlis Penutup Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-40 di sini hari ini, Mohd Na’im berkata Islam agama yang mudah dan Allah tidak mewajibkan sesuatu ibadat di luar kemampuan manusia. “Ada ramai dalam kalangan bakal haji yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapat peluang pergi haji sedangkan syarat wajib itu gugur sekiranya mereka tidak memenuhi lima syarat kemampuan yang digariskan hukum syarak. “Jika umat Islam di Malaysia diberikan kefahaman yang tepat terhadap konsep dan pengertian istito’ah, maka saya percaya tidak akan timbul kerisauan dan kegusaran yang melampau apabila tidak dapat menunaikan ibadat haji dalam jangka masa yang terdekat atas alasan yang dibenarkan hukum syarak,“ katanya. Mohd Na’im berkata Lembaga Tabung Haji berperanan untuk menjelaskan tentang hukum menunaikan ibadat haji khususnya berkaitan syarat kemampuan kepada bakal jemaah. Pada majlis itu, beliau turut melancarkan aplikasi e-Bimbingan Haji bagi memudahkan urusan pembelajaran bakal jemaah termasuk petugas haji serta Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air .Muzakarah Haji ke-40 bertemakan ‘Ibadah Yang Sahih Asas Kemabruran Haji’ berlangsung selama tiga hari bermula Isnin, membincangkan hal ehwal berkaitan bimbingan serta hukum-hakam ibadat haji yang timbul semasa musim haji 1444H lepas. -

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

theSundaily /  🏆 25. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Perlu ada perdamaian politik dalam ekonomi untuk selesai isu hutang negara: Mohd ShaharPerlu ada perdamaian politik dalam ekonomi untuk selesai isu hutang negara: Mohd ShaharKUALA LUMPUR: Perlu ada perdamaian politik dalam ekonomi untuk mencari penyelesaian kepada isu hutang negara, kata Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd...
Read more »

Adun Sungai Udang bidas Yadzil, Bersatu Tangga BatuAdun Sungai Udang bidas Yadzil, Bersatu Tangga BatuDr Mohd Aleef Yusof mendakwa beliau dipinggirkan Bersatu Tangga Batu dan seolah- olah disekat.
Read more »

Melaka Bersatu rep unhappy over treatment by state leadershipMelaka Bersatu rep unhappy over treatment by state leadershipDr Mohd Aleef Yusof claims he is being sidelined by the party’s Tangga Batu division.
Read more »

Turun duti hiburan undang kelalaian; pergaulan bebas, kata Ahli ParlimenTurun duti hiburan undang kelalaian; pergaulan bebas, kata Ahli ParlimenSalamiah Mohd Nor dari Perikatan Nasional meminta kerajaan mengkaji semula rancangan mengurangkan duti hiburan.
Read more »

SPRM siasat laporan calon PRK Jepak agih berasSPRM siasat laporan calon PRK Jepak agih berasPengarah SPRM Sarawak Mohd Zaki Hassan berkata, perkara ini akan diteliti pasukan petugas khas di Bintulu.
Read more »



Render Time: 2026-06-06 14:52:22