Mohd Na’im: Bantuan kepada golongan miskin tegar perlu diselaras

Malaysia News News

Mohd Na’im: Bantuan kepada golongan miskin tegar perlu diselaras
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 theSundaily
  • ⏱ Reading Time:
  • 54 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 51%

KUALA LUMPUR: Bantuan kepada golongan miskin tegar perlu diselaraskan bagi memastikan agihan dibuat lebih sistematik, teratur dan berkesan, kata Mente...

: Bantuan kepada golongan miskin tegar perlu diselaraskan bagi memastikan agihan dibuat lebih sistematik, teratur dan berkesan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na’im MokhtarMohd Na’im berkata bagi tujuan itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan permohonan golongan berkenaan selain mengelakkan kes pertindihan .

“Dalam konteks ini, kita boleh mempertimbangkan agar DBKL dan JKM bertindak sebagai agensi utama sementara MAIWP sentiasa bersedia untuk membantu dan memberi sokongan,” katanya kepada pemberita semasa menjalankan Program Jejak Gelandangan di Lorong Haji Taib, di sini malam tadi. Mohd Na’im berkata dengan adanya kerjasama antara MAIWP bersama JKM dan DBKL, beliau percaya lebih banyak rumah transit dapat dibina dan lebih banyak golongan gelandangan boleh diselamatkan.

Sementara itu, Mohd Na'im berkata Program Jejak Gelandangan dijalankan bersama sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan khususnya untuk menyantuni gelandangan dan bekas gelandangan selain merupakan satu pendekatan MAIWP sebagai agensi yang menerima zakat. “Program ini secara khusus berobjektifkan untuk menimbulkan keinsafan apabila bertemu dengan mereka yang berada dalam kesusahan,” katanya yang meluangkan masa menyantuni rakan jalanan di sekitar ibu negara termasuk di Lorong Haji Taib 2, Medan Tuanku, Segi College, Bangkok Bank, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

theSundaily /  🏆 25. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Police arrest two trying to evade roadblock near Kuala SelangorPolice arrest two trying to evade roadblock near Kuala SelangorHANGZHOU: Ng Eain Yow made it a day of double joy for Malaysia in the squash court by reclaiming the men's individual title for Malaysia on Thursday (Oct 5).
Read more »

Kuala Lumpur K-Food Fair Is Back With More Thrilling K-ActivitiesThe K-Food Fair 2023 is set to happen from 13 to 15 October in Sunway Pyramid.
Read more »

Insiden Siam Paragon: Bantuan tangani trauma mangsaInsiden Siam Paragon: Bantuan tangani trauma mangsaSebuah unit perundingan kesihatan mental dibuka bagi membantu individu yang trauma atau rasa kecewa susulan insiden tembakan.
Read more »

Harga barang terlalu mahal, bantuan kerajaan tak cukup, keluh asnafHarga barang terlalu mahal, bantuan kerajaan tak cukup, keluh asnafNorAzmie Blomar berkata, selain gaji suaminya sebagai buruh kasar sebanyak RM1,200 sebulan, mereka turut menerima bantuan zakat MAIWP.
Read more »

Kerajaan perluas bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan pelajarKerajaan perluas bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan pelajarPETALING JAYA: Pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik diperluaskan kepada pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Read more »



Render Time: 2025-02-24 10:19:07