kualalumpur Selepas dilantik menjadi ketua jurulatih perseorangan wanita, Indra Wijaya menanam azam untuk membantu Soniia Cheah supaya berada dalam kelompok 20 terbaik dunia.
Jurulatih kelahiran Indonesia itu mengakui ia satu cabaran buatnya untuk membimbing skuad perseorangan wanita tapi bukan mustahil untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.
Beliau yang dihubungi Arena Metro mengakui antara cabaran baharu yang sedang dilaluinya sekarang adalah untuk mengenali Soniia dan S Kisona dengan lebih dekat. "Paling penting sekarang adalah proses pemulihan selepas lama mereka tidak beraksi di gelanggang dan saya tidak mahu terlampau menekan sehingga ada kecederaan awal.
Ujar bekas jurulatih perseorangan Korea Selatan itu, dia sudah berbincang dengan Soniia bagaimana untuk memecahkan halangan berkenaan, manakala pemain lain seperti Kisona dan Goh Jin Wei pula masih banyak perlu dilakukan ketika di dalam latihan.