Seramai 132 orang, yang terdiri daripada 108 rakyat Malaysia dan 24 bukan warganegara akan dibawa pulang dengan penerbangan khas dari Wuhan. FMTNews Wuhan
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tertakluk kepada kelulusan kerajaan China, mereka yang akan dibawa pulang hanyalah yang didapati sihat selepas menjalani tapisan kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan negara itu.
“Misi ini akan disertai 8 orang iaitu 6 pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia , seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara dan seorang pegawai Kementerian Luar,” katanya dalam kenyataan hari ini. Wan Azizah berkata, beliau telah bertemu dengan semua pegawai yang akan menyertai misi itu, termasuk krew penerbangan untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kerajaan dan rakyat Malaysia, khususnya keluarga yang terlibat atas pengorbanan mereka membantu membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan.
Dalam pada itu, Wan Azizah turut melawat ‘Air Disaster Center’ , tempat semua penumpang, pasukan misi dan krew akan menjalani tapisan kesihatan sekali lagi sebaik sahaja tiba ke KLIA kelak.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Nadma akan bawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, kata TPM | The Malaysian InsightTerdapat 132 orang yang melapor diri di Kedutaan Malaysia untuk pulang ke tanah air.
Read more »
Registration of Wuhan students in Malaysia halted, says Dr DzulkeflyKUALA LUMPUR: The Education Ministry has decided to postpone indefinitely registrations of students from Wuhan and the Hubei province in China at education institutions in Malaysia.
Read more »
Jangan bimbang, kami OK, kata pelajar Malaysia di WuhanPelajar Malaysia di Wuhan, Yeong Kai Yi berkata, pergerakannya terbatas hanya di hostel dan kampus universiti berikutan perintah berkurung yang dilaksanakan akibat penularan wabak koronavirus. FMTNews Koronavirus Wuhan
Read more »
Registration of Wuhan students in Malaysia temporarily suspendedCORONAVIRUS | Health Minister Dr Dzulkefly Ahmad says the decision was made by both his ministry and the education ministry.
Read more »
Pasukan kedutaan ke Wuhan bantu proses bawa pulang 120 rakyat Malaysia | The Malaysian InsightPasukan yang terdiri daripada enam orang pegawai kedutaan itu ditugaskan untuk mengumpul dan mengemas kini senarai rakyat Malaysia yang berada di sana.
Read more »
Pasukan kedutaan di China sedia bantu proses bawa pulang rakyat Malaysia dari WuhanPasukan yang terdiri daripada 6 pegawai kedutaan ditugaskan untuk mengumpul dan mengemas kini senarai rakyat Malaysia yang berada di Wuhan. FMTNews Wuhan RajaNushirwanZainalAbidin Koronavirus
Read more »