Beyond the Breaking News

Miros keluar nasihat keselamatan jalan raya semasa jerebu

United States News News

Miros keluar nasihat keselamatan jalan raya semasa jerebu
United States Latest News,United States Headlines

Ambil langkah pemanduan lebih berhati-hati. utusanonline

Ketua Pengarahnya Dr. Siti Zaharah Ishak berkata, walaupun rekod daripada pangkalan data Polis Diraja Malaysia menunjukkan kemalangan lebih banyak berlaku ketika cuaca baik disebabkan sikap memandu laju, namun risiko kemalangan dalam cuaca buruk juga tidak rendah disebabkan permukaan jalan licin dan masalah penglihatan yang terhad.

Sehubungan itu, Miros telah menggariskan beberapa panduan keselamatan jalan raya bagi membantu pengguna jalan raya memandu dan menunggang dalam keadaan cuaca buruk ini. “Dalam keadaan berjerebu ini sudah pasti menjejaskan jarak penglihatan, oleh itu pengguna jalan raya diminta memastikan semua lampu kenderaan berfungsi dengan baik dan hidupkannya bagi menambah tahap kebolehlihatan pengguna jalan raya lain. “Elak menggunakan lampu tinggi kerana partikel air yang wujud dalam udara boleh membias serta memantulkan cahaya itu dan hanya gunakan lampu tinggi jika perlu. Sekiranya jarak penglihatan sangat terhad, nyalakan lampu kabus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, kadar pencahayaan yang tinggi daripada lampu kabus ini boleh meningkatkan kadar kebolehlihatan. Selain itu, katanya jarak penglihatan yang terhad akibat jerebu, memerlukan pemandu lebih peka terhadap persekitaran dan mereka perlu memperlahankan kelajuan berbanding tahap kelajuan yang biasa untuk memberi ruang bertindak sekiranya berlaku sesuatu kejadian tidak diingini. “Ruang selamat juga boleh ditingkatkan dengan menambah jarak mengekori kenderaan di hadapan. Bergantung kepada keadaan semasa, jarak mengekori boleh berubah dari empat sehingga 12 saat. Ruang selamat ini penting bagi memastikan pemandu sempat bertindak seperti secara tiba-tiba sekiranya perlu dalam situasi kecemasan,” katanya. Pada masa yang sama, beliau turut menasihati penunggang motosikal supaya memakai pakaian berwarna terang atau jaket pemantul cahaya serta berhenti di tempat selamat seperti di kawasan Rehat dan Rawat R) sekiranya tidak selamat untuk meneruskan perjalanan. Pejalan kaki pula, katanya perlu lebih peka terhadap keadaan sekeliling dan hanya melintas di tempat yang ditetapkan kerana dikhuatiri pemandu atau penunggang tidak dapat melihat mereka.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Isytihar darurat sekiranya IPU lebih 500, kata TPMIsytihar darurat sekiranya IPU lebih 500, kata TPMKerajaan sedang meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani masalah jerebu yang semakin teruk. fFMTNews
Read more »

Jerebu: 538 sekolah di Selangor ditutupJerebu: 538 sekolah di Selangor ditutupSEBANYAK 538 sekolah di Selangor ditutup, hari ini akibat keadaan jerebu yang bertambah buruk.
Read more »

Kuala Lumpur cecah IPU sangat tidak sihatKuala Lumpur cecah IPU sangat tidak sihatKUALA LUMPUR 18 Sept. - Indeks pencemaran udara (IPU) di stesen Batu Muda di sini mencecah bacaan sangat tidak sihat iaitu 202 setakat pukul 12 tengah hari ini.
Read more »

AirAsia lancar laluan baharu Kuala Lumpur - Da LatAirAsia lancar laluan baharu Kuala Lumpur - Da LatKUALA LUMPUR 18 Sept. - AirAsia hari ini melancarkan laluan eksklusif ke Da Lat dari Kuala Lumpur, untuk terus mengembangkan rangkaiannya di Vietnam.
Read more »

SK Kuala Besut agih 1,000 pek bubur asyuraSK Kuala Besut agih 1,000 pek bubur asyuraBESUT 18 Sept. &8211; Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut di sini meneruskan tradisi tahunannya dengan bergotong-royong menghasilkan bubur asyura untuk diagihkan kepada warga sekolah itu dan penduduk sekitar, hari ini.
Read more »

Miros issues guidelines for driving in hazy conditions | Malay MailMiros issues guidelines for driving in hazy conditions | Malay MailKUALA LUMPUR, Sept 19 ― With the recurring haze likely to persist until the end of the month, the Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) has come up with several road safety tips for motorists driving in hazy conditions. Advising road users to be careful when driving in the haze,...
Read more »



Render Time: 2026-06-09 02:39:56