Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula arahan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan di bawah KPM.
Ketuanya Felix Joseph Saang berkata, ini penting kerana timbul kerisauan dalam kalangan orang ramai terutamanya ibu bapa mengenai kesan terhadap pelajar sekolah apabila dipertontonkan dengan ‘keganasan’ seperti yang tular di media sosial.“Kita seharusnya mendidik murid-murid kita berdoa untuk keamanan sejagat tanpa mengira fahaman agama. Solidariti melalui doa lebih bermakna.
“Oleh itu, saya berharap KPM dapat mengkaji semula surat pekeliling itu bagi menjaga keharmonian dan keamanan dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Jumaat. “Saya sedih apabila melihat kemusnahan dan kehilangan nyawa disebabkan oleh peperangan. Bencana Kemanusiaan ini tidak sepatutnya diraikan dan digalakan oleh sesiapapun walau di mana kita berada. Saya juga percaya, tidak semua penduduk Israel menyokong keganasan,” katanya.
“Anak-anak umpama kain putih yang perlu dicorakkan dengan nilai-nilai murni. Mereka perlu diajar menyayangi antara satu sama lain, menghargai nyawa walau siapa pun mereka, berbelas kasihan antara manusia tanpa pilih kasih.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Minggu Solidariti Palestin di semua institusi KPM bermula 29 OktoberKementerian Pendidikan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November ini sebagai satu bentuk solidariti
Read more »
KPM larang unsur ekstremisme Minggu Solidariti PalestinKPM melarang sebarang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol mengandungi elemen provokasi, konfrontasi Minggu Solidariti Palestin.
Read more »
KPM larang sekolah guna replika senjata pada Minggu Solidariti PalestinKementerian Pendidikan berkata, ia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme sepanjang penganjuran program itu.
Read more »
Kementerian Pendidikan laksana Minggu Solidariti Palestin dari 29 Okt hingga 3 NovPUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah KPM bermula 29 Okt hingga ...
Read more »
Minggu Solidariti Palestin tidak wajib di sekolah SarawakSeorang pemimpin dari Sarawak memberitahu arahan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan Minggu Solidariti bagi menyokong rakyat
Read more »
Sekolah anjur program pamer senjata replika di luar Minggu Solidariti PalestinSekolah anjur program pamer senjata replika di luar Minggu Solidariti Palestin
Read more »