Mierul Aiman terharu baca nukilan Amir Ahnaf
KUALA LUMPUR: Pelakon, Mierul Aiman mengakui tersentuh selepas membaca nukilan yang ditulis oleh rakan baiknya, Amir Ahnaf yang mengimbau pembabitan awal mereka dalam industri seni.
Mierul atau nama penuhnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 27, berkata, perkongsian tersebut menjadi perhatian apabila Amir menulis secara terbuka mengenai momen-momen lama yang mereka lalui bersama dahulu. Menurut pelakon yang membintangi filem Tarung: Unforgiven ini, setiap kenangan yang dirakam melalui gambar dan pengalaman lama memberi makna besar kerana ia menjadi bukti perjalanan yang pernah mereka tempuhi bersama dari bawah.
“Saya sedih dan terharu apabila membaca ucapan Amir untuk saya. Gambar itu menjadi bukti dan mengingatkan semula momen dan detik yang pernah kami lalui bersama dahulu.
“Gambar lama itu seperti sebuah mimpi dan saya ingin beritahu bahawa kekuatan mimpi adalah kepercayaan. Kita boleh buat jadi apa sahaja asalkan percaya dan gambar-gambar itu benar mengimbas banyak perkara,” katanya ketika ditemui pada malam gaya tayangan filem Tarung: Unforgiven di ibu negara, baru-baru ini. Terdahulu, Amir berkongsi di media sosial mengenai perjalanan suka dan duka mereka dalam industri seni, selain menyifatkan Mierul sebagai antara individu penting yang banyak mempengaruhi pembentukan dirinya hari ini.
Dalam pada itu, Mierul yang juga juara Hero Remaja 2021/2022 itu turut berkongsi cabaran menjayakan watak Hatta dalam filem Tarung: Unforgiven.
“Ada 36 jam untuk menghasilkan 8 minit babak bertarung dan dalam tempoh itu kami berdua berlawan,” katanya. Selain Mierul dan Amir, filem Tarung: Unforgiven ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Aedy Ashraff, Sharifah Sakinah dan Azira Shafinaz yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kota Baca dekatkan masyarakat dengan buku, budayaProgram Kota Baca 2026 yang dianjurkan PKB di Dataran Merdeka baru-baru ini sangat mengujakan dengan kehadiran golongan muda.
Read more »
Yazmin Aziz Makes History as First Malaysian Artist to Perform on Influential Asian Music PlatformMalaysian singer and composer Yazmin Aziz became the first Malaysian artist to perform on the influential Asian music platform Wish Bus. Her performance, recorded on January 20, was officially aired on Tuesday at 9 PM via the platform's YouTube channel, known for attracting millions of global viewers. Yazmin described the experience as a significant milestone in her career, highlighting the global exposure and recognition it brings. Her song, released on January 16 under Sony Music, is a personal collaboration with Adonis Tabanda and produced by Bo Amir Iqram, conveying a message of self-awareness and dignity rather than just heartbreak. Wish Bus, originating in the Philippines in 2014, has grown into a leading mobile radio and recording studio, gaining attention from Hollywood, the US, and South Korea. It is seen as a benchmark for global artistic credibility. Mimifly is another artist who has appeared on the platform, completing her recording in April.
Read more »
Tarung: Unforgiven - A High-Stakes Action Film Exploring Friendship and RedemptionThe upcoming action film Tarung: Unforgiven features a star-studded cast and explores themes of struggle, redemption, and life-defining choices. Directed by Razaisyam Rashid, the movie follows a former silat champion haunted by his past who enters an underground fight ring, only to confront a former friend turned enemy. The film boasts an ensemble cast including Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, and Zul Ariffin, along with real-life fighters, promising dynamic and impactful moments.
Read more »




