Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi announced that the Mid-Term Review will serve as a comprehensive assessment tool for the Ministry of Rural and Regional Development to evaluate policy effectiveness, program implementation, and initiatives. He stressed the importance of objective, evidence-based evaluations focused on relevance and impact, not just spending. Six key assessment disciplines were highlighted: relevance, effectiveness, efficiency, impact, sustainability, and coherence.
AHMAD Zahid Hamidi ketika merasmikan pelan strategik Jabatan Kemajuan Masyarakat 2026-2030 pada Majlis Perhimpunan Bulan Jun KKDW di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFAPUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mahu Semakan Pertengahan Penggal dijadikan medan penilaian menyeluruh bagi melihat keberkesanan dasar, program dan inisiatif yang dilaksanakan kementerian itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan itu penting bagi mengenal pasti pencapaian yang telah berjaya direalisasikan, program yang masih tertangguh, pelaksanaan yang bergerak perlahan serta perkara yang memerlukan penambahbaikan segera. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, organisasi yang gagal menilai prestasi sendiri secara jujur dan objektif berisiko kehilangan hala tuju serta gagal memenuhi kehendak sebenar rakyat yang sentiasa berubah.
“Semakan Pertengahan Penggal adalah cerminan kepada keberkesanan kita sebagai sebuah kementerian yang memikul amanah besar kepada rakyat. “Kita perlu tahu dengan jelas apa yang telah berjaya, apa yang masih tertangguh, apa yang bergerak perlahan, apa yang bertindih dan apa yang perlu diperbaiki,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Bulanan KKDW di sini hari ini. Katanya, semakan itu perlu dilaksanakan secara objektif, berasaskan bukti dan berteraskan keberhasilan, bukannya sekadar menilai sama ada sesuatu program telah dilaksanakan atau peruntukan telah dibelanjakan.
Ahmad Zahid berkata, beliau mahu setiap program dinilai dari sudut relevansi kepada keperluan semasa rakyat serta impak sebenar yang dihasilkan kepada kumpulan sasar. Menurutnya, terdapat enam aspek utama yang perlu dijadikan disiplin penilaian iaitu relevan, keberkesanan, kecekapan, impak, kemampanan dan kesepaduan antara program serta agensi pelaksana.
“Aspek kesepaduan amat penting kerana cabaran yang dihadapi masyarakat luar bandar tidak boleh diselesaikan melalui satu program atau satu agensi semata-mata, sebaliknya memerlukan pendekatan rentas fungsi dan ekosistem yang saling melengkapi. “Pendapatan tidak boleh ditingkatkan dengan satu program sahaja dan mobiliti sosial tidak boleh dipacu oleh satu agensi sahaja. Ia memerlukan penyelarasan yang rapi dan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya. -
Ahmad Zahid Hamidi KKDW Mid-Term Review Policy Evaluation Program Assessment Malaysia
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
BN Aims for More Than 40 Seats in Johor, Says Dr. Ahmad Zahid HamidiBarisan Nasional (BN) is targeting more than 40 seats in Johor in the upcoming state election, said its chairman, Dr. Ahmad Zahid Hamidi. He based his confidence on the state government's administration record, the party's machinery strength, and various initiatives implemented by the Johor State Government. Dr. Ahmad Zahid Hamidi spoke at the closing ceremony of the Entrepreneurship Economy Convention (KEUB) 2026 at the Terengganu Equestrian Resort in Kuala Terengganu, Terengganu.
Read more »
After 36 years as Serian MP, Richard Riot eyes 9th termThe 74-year-old says he's still in good health and capable of representing the parliamentary constituency.
Read more »
Reality check on the nation’s energy strategy — Ahmad IbrahimJUNE 3 — More than a decade ago, in Renewable and Sustainable Energy Reviews journal, researchers Nor Afifah Basri etal spoke about Malaysia’s energy future. Their paper was a...
Read more »
Leadership isn’t what it used to be and that’s a good thing — Ahmad IbrahimJUNE 4 — Leadership was once a one-man show — the “great man” at the top, barking orders and wielding authority. We worshipped charisma, hierarchy, and the illusion that...
Read more »




