Umno dan PAS perlu membentuk muafakat kebangsaan yang lebih inklusif dan lebih besar. FMTNews
PETALING JAYA: Menjelang himpunan ummah hujung minggu ini, Umno membayangkan gerakan yang lebih besar akan berlaku dengan penglibatan parti, badan bukan kerajaan dan individu yang sefahaman dengannya dan PAS.
Setiausaha Agung Annuar Musa dalam satu hantaran Facebook berkata, kedua-dua parti perlu memulakan libat urus dengan pihak berkenaan bagi membentuk muafakat kebangsaan yang lebih inklusif dan lebih besar. “Dengan termeterainya piagam muafakat antara kedua parti 14 September ini, bermulalah satu tempoh yang amat berat bagi Umno dan PAS. “Untuk berganding bahu berkongsi pengalaman dan sumber bagi menyusun atur satu jalan penyelesaian terbaik demi rakyat berbilang bangsa di Malaysia,” tulisnya. Umno dan PAS, parti Islam dan Melayu terbesar itu akan mengadakan Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 13 dan 14 September ini bagi menggembleng kekuatan Gagasan Sejahtera dan Barisan Nasional menuju pilihan raya umum ke-15. Tambah Annuar, andaian segelintir pihak bahawa piagam PAS-Umno yang dibentuk hanya berkisarkan tentang pilihan raya adalah salah. Sebaliknya, katanya, kerjasama itu akan menjadi platform dan jalan penyelesaian bagi mengatasi segala kegagalan kerajaan Pakatan Harapan . Ini katanya, termasuklah tatakelola kerajaan, transformasi politik, ekonomi dan sosial, memurnikan domokrasi, membanteras salah guna kuasa politik dan memperkasa hak Bumiputera.Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lim: Allies shamelessly backing Umno, PAS despite non-Muslim boycottMCA and MIC 'debasing' themselves by continuing their political cooperation, he says.
Read more »
Stick with 'Muslim unity' over national unity theme for Umno-PAS rally - Harakah reportThe report quotes a lecturer who warns against attempts to change the theme.
Read more »
UMNO, Pas dokongi aspirasi rakyatMeneliti tulisan Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf, Naib Presiden Amanah mengenai Piagam UMNO-Pas yang bakal ditandatangani pada Sabtu, 14 September ini membuatkan saya tertanya-tanya 'igauan' apa yang sedang beliau lalui, yang membuatkan beliau menulis dalam keadaan berteka-teki dan cuba meramalkan apa intipati piagam itu.
Read more »
Annuar Musa mocks Mujahid's interest in Umno-PAS charterUmno sec-gen gets in a few digs at Amanah vice president.
Read more »
Pas juga kafir apabila kerjasama dengan UMNO - Dr. MahathirALOR SETAR 10 Sept. - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan bahawa UMNO kafir sebelum kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama atau memeterai piagam, Sabtu ini.
Read more »
Menjelang himpunan ummah, Umno beri gambaran gerakan lebih besar akan berlakuUmno dan PAS perlu memulakan langkah itu dengan NGO bagi membentuk muafakat kebangsaan yang lebih inklusif dan lebih besar pengaruhnya. FMTNews
Read more »




