Program ini berjaya menjejaki 20 keluarga Tionghoa sekali gus dapat mengeratkan silaturahim dan menyelami masalah kebajikan masing-masing.
SERAMAI 20 buah keluarga saudara baharu kaum Tionghoa disantuni pegawai dan kakitangan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Raub di sekitar daerah Raun baru-baru ini.
Pengurus Muip Raub, Mohd. Muzil Adli Ne’mat berkata, program bertujuan menjejaki saudara baharu Tionghoa untuk bertanyakan khabar serta memberikan motivasi sekali gus usaha dakwah menguatkan keimanan dan takwa golongan terbabit. Katanya, program ini berjaya menjejaki 20 buah keluarga Tionghoa sekali gus dapat mengeratkan silaturahim dan menyelami masalah kebajikan masing-masing.
“Aktiviti ini turut disertai oleh pegawai Masjid Tengku Abu Bakar dan ahli Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Sempam dan JPKK Sungai Lui juga dimurnikan dengan sumbangan hamper barangan keperluan dapur daripada Muip,” katanya di Kampung Sempam, Raub baru-baru ini. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KPT tak halang sesiapa masuk, sertai program universitiKPT tak halang sesiapa masuk, sertai program universiti
Read more »
Awesome TV saji program terbaik sempena RamadanAwesome TV saji program terbaik sempena Ramadan
Read more »
Tiada halangan ahli politik sertai program di sekolah, kata menteri | The Malaysian InsightFadhlina Sidek berkata, bagaimanapun ia perlu mendapat kebenaran dalam tempoh 30 hari.
Read more »
Bomba Teluk Intan teruskan program agih bubur lambukBalai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan mengagihkan sebanyak 1,400 bekas bubur lambuk sebagai juadah berbuka kepada orang ramai di sekitar Teluk Intan hari ini.
Read more »