Pasangan di negeri ini telah dibenarkan untuk mengadakan majlis akad nikah bermula hari ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
MELAKA: Pasangan di negeri ini telah dibenarkan untuk mengadakan majlis akad nikah bermula hari ini dengan mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka , Datuk Che Sukri Che Mat berkata, majlis tersebut boleh diadakan di masjid kariah, Pejabat Agama Islam Daerah atau mana-mana lokasi yang ditetapkan oleh pihak PAID.
Katanya, bagaimanapun jumlah kehadiran yang dibenarkan bagi urusan tersebut tertakluk kepada tujuh orang sahaja. “Mereka yang dibenarkan untuk bersama-sama menjalankan urusan akad nikah itu adalah jurunikah, wali, pengantin lelaki, pengantin perempuan, dua orang saksi daripada masjid kariah atau PAID dan seorang ahli keluarga pihak lelaki. “Pelaksanaan majlis akad nikah hendaklah mematuhi SOP yang ketat seperti yang dinyatakan dalam pekeliling JAIM,” katanya dalam kenyataan. Mengulas lanjut mengenai pekeliling tersebut, Che Sukri menjelaskan, semua urusan majlis akad nikah serta perkhidmatan nikah, cerai dan rujuk adalah melalui temu janji yang ditetapkan pihak JAIM. “Kehadiran tanpa jadual temu janji adalah tidak dibenarkan bagi tujuan menjaga kebajikan dan keselamatan semua pihak sama ada orang awam, mahupun kakitangan JAIM serta petugas majlis akad nikah di masjid kariah. “Jurunikah juga hendaklah bertanggungjawab terhadap perjalanan majlis akad nikah di kariah masing-masing dan sekiranya kita kesan berlaku pelanggaran SOP, pihak terbabit akan dikenakan tindakan tatatertib,” tegasnya. Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan semua urusan di kaunter Bahagian Pengurusan Keluarga JAIM dan PAID yang melibatkan hal kewangan atau pembayaran akan dibuka semula pada Isnin sehingga Jumaat, bermula pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengah hari. “Bagi urusan lain yang tidak melibatkan pembayaran seperti pengambilan dokumen NCR atau kebenaran berkahwin, kaunter akan dibuka dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. “Saya ingin mengingatkan sekali lagi, semua urusan ini adalah dengan temu janji yang ditetapkan oleh pihak BPK JAIM dan PAID,” jelasnya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Peniaga masih keliru SOP - Utusan DigitalMereka ragu-ragu sama ada perniagaan pakaian boleh beroperasi atau sebaliknya kerana mereka diberitahu kebenaran itu hanya untuk negeri-negeri yang sudah melaksanakan vaksinasi yang mencapai 50 peratus kepada penduduk dan peniaga juga perlu lengkap vaksin.
Read more »
Melaka Bersatu remains supportive of state govt, says its chief | Malay MailMELAKA, Aug 18 — Two Melaka state assemblymen from Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) will continue to support the Umno-led state government. Melaka Bersatu chief Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, who is also the Paya Rumput assemblyman, and Telok Mas assemblyman Datuk Noor Effandi Ahmad...
Read more »
Seven nabbed, including five foreign women, during anti-vice raid in MelakaMELAKA: Two men in their late 20s and five foreign women were arrested during an anti-vice raid at a budget hotel here.
Read more »




