GEORGE TOWN: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara di bawah seliaan Kementerian Digital (KD), menyasarkan...
: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia , agensi peneraju ekonomi digital negara di bawah seliaan Kementerian Digital , menyasarkan untuk melatih dan melahirkan sejuta usahawan dalam bidang ekonomi digital menerusi program eUsahawan sepanjang tahun ini.
“Sejak 2015, MDEC berjaya melatih 563,543 usahawan di seluruh negara dengan menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion dan di Pulau Pinang sahaja, sejumlah 18,720 usahawan telah mengambil peluang dan menjana jualan terkumpul melebihi RM73 juta. Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata program JSD dijalankan dengan matlamat untuk membantu meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan rakyat di seluruh negara.
Beliau berkata bagi mencapai matlamat memperkasakan digital dalam kalangan rakyat, banyak program disediakan oleh MDEC menerusi JSD iaitu program eUsahawan, eRezeki, Global Online Workforce dan 100 Go Digital.