Beyond the Breaking News

Maybank berpesta gol di Bukit Jalil

United States News News

Maybank berpesta gol di Bukit Jalil
United States Latest News,United States Headlines

Kapten Maybank, Muhammad Najmi Farizal Jazlan muncul wira pasukan apabila meledak hatrik dalam aksi tersebut.

Pemain Maybank, Muhammad Khairul Norizam diasak pemain Angkatan Tentera Malaysia dalam aksi Liga Hoki Malaysia, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZONKUALA LUMPUR: Maybank meneruskan rentak kemenangan mereka dalam saingan Liga Hoki Malaysia apabila membelasah Angkatan Tentera Malaysia 8-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini. Kapten Maybank, Muhammad Najmi Farizal Jazlan muncul wira pasukan apabila meledak hatrik sekali gus mengumpul 10 jaringan setakat ini. Dalam aksi tersebut, Maybank membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi gol padang Eswaran George sebelum Najmi menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-17 dan ke-26.

Memasuki suku ketiga, Maybank mengukuhkan kedudukan mereka sekali lagi menerusi jaringan Najmi pada minit ke-33 sebelum Muhammad Rashid Baharom menjadikan kedudukan 5-0 10 minit kemudian. Maybank menambah duka pasukan lawan menerusi jaringan pukulan sudut penalti Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah pada minit ke-47 sebelum Muhammad Shahril Saabah menjaringkan gol padang tiga minit kemudian. Mohamad Ashran Hamsani meledak gol terakhir Maybank pada minit ke-57 manakala gol sagu hati ATM diperoleh pada minit terakhir permainan menerusi jaringan padang Muhammad Hilmi Midi.

Selepas ini, Maybank berdepan cabaran getir apabila mereka dijadual bertemu TNB ThunderStars di venue yang sama pada 16 Mei ini. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Singapore man and woman charged after 71 cats allegedly found neglected in Bukit Panjang HDB flatSingapore man and woman charged after 71 cats allegedly found neglected in Bukit Panjang HDB flatSINGAPORE, May 7 — A man and a woman have been charged in Singapore after 71 cats were allegedly found neglected in a Bukit Panjang Housing Board flat, with authorities claiming...
Read more »

PU Riz anjur Majlis Quranic Madani di Bukit Bintang, ajak masyarakat hayati Al-QuranPU Riz anjur Majlis Quranic Madani di Bukit Bintang, ajak masyarakat hayati Al-QuranPU Riz anjur Majlis Quranic Madani di Bukit Bintang, ajak masyarakat hayati Al-Quran
Read more »

Zahid dismisses Opposition criticism over Bukit Bintang event, says PAS ‘no better’ when in governmentZahid dismisses Opposition criticism over Bukit Bintang event, says PAS ‘no better’ when in governmentKUALA LUMPUR, May 7 — Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi today dismissed opposition criticism over a recent entertainment event in Bukit Bintang as mere...
Read more »

That Free Fertiliser At Pavilion Shopping Malls? It Used To Be Your LunchThat Free Fertiliser At Pavilion Shopping Malls? It Used To Be Your LunchPavilion Bukit Jalil has been running a quiet circular economy since 2021 — food waste from tenant kitchens goes into a composting machine, which converts every 1,000 kg into 200…
Read more »



Render Time: 2026-06-11 00:39:51