IPOH 15 Sept. - Mayat seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di pelantar ikan di Jalan Ujung Pasir dekat Pantai Remis di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Lim Hong Shuan berkata, mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri itu dijumpai orang awam pada pukul 3.10 pagi sebelum menghubungi pihak polis.
Katanya, pemeriksaan pihaknya di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang lelaki berpakaian t-shirt berwarna putih dan berseluar pendek dalam keadaan terlentang dengan kesan cedera di kepala. "Lelaki itu dipercayai mati akibat dipukul objek tumpul di kepala yang mana senjata berupa kayu beluti yang mempunyai kesan darah dijumpai berhampiran mayat mangsa.
"Pemeriksaan di lokasi kejadian bagaimanapun tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri milik lelaki terbabit," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan larian I Love Kledang Hill Night Run 2019 di Bukit Kledang di sini hari ini."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mayat terapung di Sungai GolokTumpat Mayat lelaki ditemui terapung di pinggir Sungai Golok, dekat Kampung Tualang, Simpangan, Tumpat hari ini.
Read more »
Mayat terapung di Sungai GolokTumpat Mayat lelaki ditemui terapung di pinggir Sungai Golok, dekat Kampung Tualang, Simpangan, Tumpat hari ini.
Read more »
Tuntut RM10,000 sebelum dibebaskancheras Lelaki warga Pakistan dibawa lari lapan lelaki ketika sedang makan di sebuah restoran mamak di Taman Leng Seng, Cheras pada Selasa lalu sebelum dipaksa membayar tebusan sebanyak RM10,000.
Read more »
Tragedi tembakan rambangWARGA emas maut, manakala remaja lelaki parah selepas terkena tembakan dalam kejadian samun di Jalan Tun Fatimah 2, Kangkar Tebrau, Johor Bahru, malam tadi.
Read more »