kuching Mayat lelaki hampir reput ditemui dalam sebuah rumah di kawasan perumahan Poh Ming Park, Sekama di Kuching petang hari ini.
Sumber berkata, mayat lelaki yang dikenali sebagai Lee, 54, dan berasal dari Siburan itu ditemui kira-kira 4 petang oleh jiran selepas terhidu bau busuk.
Difahamkan, mangsa menyewa di rumah itu seorang diri sejak tiga tahun lalu dan dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu. Beberapa anggota polis turut berada di lokasi bagi menjalankan siasatan sebelum mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu.Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Februari 2020 @ 8:15 PM
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sedih tak dimaklum ladang terbakarPENGUSAHA ladang tebu di Kampung Hutan Lembah di sini berputih mata apabila lebih 20,000 batang tebu di ladang seluas hampir 0.8 hektar miliknya musnah dalam kebakaran, Ahad lalu.
Read more »
Jatuh tingkat enam hospital bersama bayilahaddatu Seorang ibu bersama bayinya ditemui meninggal dunia dipercayai akibat terjun dari tingkat enam sebuah hospital di Lahad Datu, pagi hari ini.
Read more »
Parut reganganWM Realitinya hampir 80 peratus wanita di dunia menghadapi masalah parut berkenaan memandangkan ia berpunca daripada selulit dan kehamilan.
Read more »