Mayat dalam tangki najis: Polis kesan 8 suspek rakan serumah
POLIS sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia dipercayai mangsa bunuh dalam sebuah tangki najis, di Kuala Kangsar pada 14 Mei lepas.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua suspek merupakan warga Indonesia yang tinggal serumah dengan mangsa. “Kita telah kenal pasti dan kita sekarang sedang mengesan mereka bagi melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke DPP dan tindakan selanjutnya. “Jadi berilah masa kepada pihak berkuasa dan kami menjalankan siasatan dan mengesan suspek-suspek ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Perak Tahun 2023 di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Bota dekat Seri Iskandar malam tadi.
Pada 15 Mei, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata polis sedang mengesan pasangan suami isteri yang juga rakan serumah mangsa dipercayai telah melarikan diri, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama, 21 Mei, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kes tembakan berhampiran balai polis di Kuala Langat, polis buru 4 lelaki | The Malaysian InsightKetua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor Saleh berkata kesemua lelaki itu diburu berdasarkan maklumat daripada saksi.
Read more »
Tuduhan palsu RTB, Nik Nazmi buat laporan polis | The Malaysian InsightMenurutnya laporan dibuat atas beberapa akaun Facebook, TikTok dan Telegram.
Read more »
Malaysian climber goes missing after conquering Everest | The Malaysian InsightMalaysian climber goes missing after conquering Everest
Read more »