KualaLumpur Lelaki ditemui maut dipercayai akibat terjun dari tingkat atas blok flat di Lembah Pantai
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 5.52 petang.
“Berdasarkan maklumat awal, ada orang awam memaklumkan seseorang terjun dari tingkat atas blok flat berkenaan sebelum seorang lelaki ditemui tertiarap dalam keadaan tidak sedarkan diri. “Sebaik tiba, sepasukan polis dan pegawai perubatan mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.“Siasatan awal di lokasi mendapati tiada unsur jenayah dan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat bagi menentukan sebab kematian.
“Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut . Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 0322979222 untuk tindakan lanjut,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lelaki maut kereta rempuh loriBatuPahat lelaki maut selepas kenderaan dipandunya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori dalam kejadian di hadapan Kilang Clayton berhampiran Pekan Ayer Hitam, di Batu Pahat, jam 5 pagi tadi.
Read more »
Ibu, teman lelaki ditahan kes kematian kanak-kanak 2 tahunSeorang ibu dan teman lelaki ditahan dalam siasatan ke atas kematian yang disyaki mempunyai unsur penderaan. FMTNews
Read more »
Malas buka jaket, lelaki masuk dalam mesin pengimbasSeorang lelaki bertindak memasuki mesin pengimbas kerana malas membuka jaket dan meletakkan barangan dalam bekas khas ketika pemeriksaan dilakukan. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Ibu pesilat negara mautkuantan Ibu pesilat negara, Mohd Taqiyuddin Hamid maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 90 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Maran, hari ini.
Read more »
Maut rempuh lori rosakkluang Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori rosak di lorong kecemasan di Kilometer 68 Lebuhraya PLUS arah utara petang tadi
Read more »
Malaysia Airlines gantung penerimaan pesawat Boeing 737 MAXIa disebabkan penangguhan pesawat itu untuk kembali beroperasi selepas larangan terbang pada 2019 susulan 2 nahas maut.
Read more »