Nga Kor Ming enggan ulas. utusanonline
Ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu, Kor Ming berkata masalah itu akan diselesaikan secara dalaman parti.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Penyerahan Cek Peruntukan Khas kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kawasan Ipoh di SMJK Ave Maria di sini hari ini.
Semalam, ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng dan ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih masing-masing meletak jawatan sebagai Timbalan Bendahari DAP negeri dan Penolong Setiausaha Organisasi DAP Perak. Mereka berbuat demikian kerana membantah kenyataan Kor Ming bahawa kedudukan ahli exco kerajaan negeri dari DAP, Paul Yong Choo Kiong yang berdepan pertuduhan rogol di mahkamah, akan dibincangkan pada peringkat Pakatan Harapan . Malah, Thye Yih secara terbuka mengkritik Kor Ming sebagai diktator kerana tindakan dan cara pengendaliannya yang tidak mengikut perlembagaan parti. Thye Yih juga mendakwa ramai ahli yang tidak berpuas hati terhadap Kor Ming yang menunjukkan sikap diktator dalam setiap tindakannya. - UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
'They'll burn in hell' - DAP leader curses those who slandered himThis is over an image alleging Nga Kor Ming had used a vulgarity against Malays.
Read more »
Dua ADUN letak jawatan dalam Jawatankuasa DAP PerakIPOH 11 Sept. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini mengumumkan perletakan jawatan mereka dalam Jawatankuasa DAP negeri kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Nga Kor Ming bahawa kedudukan exco Paul Yong Choo Kiong yang berdepan pertuduhan rogol di mahkamah, akan dibincangkan di peringkat Pakatan Harapan.
Read more »
Kami hanya akan jumpa Anwar untuk rundingan damai, kata ZuraidaNaib presiden PKR itu berkata, beliau akan menunggu Anwar Ibrahim memanggilnya untuk berjumpa kerana presidennya sudah menyuarakan kesediaan menemuinya bagi berdamai dan membincangkan isu dalaman parti. FMTNews
Read more »
ADUN DAP sifatkan Kor Ming diktatorIPOH 11 Sept. - ADUN Pokok Assam dari DAP, Leow Thye Yih yang meletak jawatan sebagai Penolong Setiausaha DAP Perak hari ini secara terbuka mengkritik Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming yang disifatkan sebagai diktator.
Read more »
Nga: Resignation of assemblymen from DAP committee an internal matterIPOH: The issue of the two Perak DAP assemblymen resigning from the party's committee will be resolved internally, says Nga Kor Ming.
Read more »




