Mangsa banjir di Terengganu, Pahang, Perak menurun
Mangsa banjir di Kelantan meningkat sedikit petang ini kepada 31,584 berbanding 31,487 orang pagi tadi. – Gambar Facebook, 21 Disember, 2022.
SITUASI banjir di Terengganu, Pahang dan Perak menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara berkurangan setakat petang ini., Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa menurun kepada 38,574 berbanding 40,456 orang pagi tadi dan sebanyak 277 PPS dibuka membabitkan Kemaman, Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang.
Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan paras air Sungai Keratong, Rompin masih melepasi tahap bahaya manakala di Maran, Sungai Pahang dan Sungai Luit serta Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan, melebihi tahap amaran.
Menurut data JPS pula, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat masih berada pada paras amaran dengan ketinggian 8.54meter selain amaran banjir turut dikeluarkan bagi kawasan Sungai Melikai serta kawasan sekitarnya, Kampung Jemari, Pengkalan Batu dan kawasan sekitarnya di daerah Mersing, sekiranya hujan berterusan berserta kejadian air pasang besar.meningkat sedikit petang ini kepada 31,584 berbanding 31,487 orang pagi tadi.
Sekretariat JPBN memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di 126 PPS membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Bachok. – Bernama, 21 Disember, 2022.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mangsa banjir Terengganu dan Kelantan terus meningkat | The Malaysian InsightJumlah mangsa Terengganu naik kepada 40,456 orang, Kelantan seramai 31,487 mangsa.
Read more »
Banjir: Jumlah mangsa di Pahang menurun 221 orangJumlah itu menurun berbanding 484 mangsa daripada 113 keluarga yang ditempatkan di lima PPS di daerah ini pukul 8 malam tadi.
Read more »
Jumlah mangsa banjir di Terengganu mulai berkuranganSituasi banjir di Terengganu pada malam ini agak baik dengan jumlah mangsa mulai berkurangan kepada 38,079 orang daripada 10,595 keluarga berbanding 39,108 orang daripada 10,735 keluarga pada 4 petang tadi.
Read more »
Amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor hingga Khamis | The Malaysian InsightAmaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor hingga Khamis
Read more »