Beyond the Breaking News

Mangsa banjir di Kedah kembali meningkat - Utusan Digital

Malaysia News News

Mangsa banjir di Kedah kembali meningkat - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, sehingga pukul 8 pagi hari ini, empat PPS dibuka di Baling manakala satu di Pendang yang dibuka sejak Khamis lalu.

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat apabila seramai 239 mangsa daripada 63 keluarga ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara di daerah Baling dan Pendang berikutan hujan lebat semalam.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri, Kapten Saifuddin Abdullah berkata, sehingga pukul 8 pagi hari ini, empat PPS dibuka di Baling manakala satu di Pendang yang dibuka sejak Khamis lalu. Kata beliau, dua PPS di Baling iaitu PPS Banggol Derom dan Sekolah Kebangsaan Titi Gantung yang ditutup semalam dibuka semula malam semalam berikutan kawasan tersebut naiki air. “Seramai 46 mangsa daripada 11 keluarga telah ditempatkan di PPS Banggol Derom setelah dibuka semula pada pukul 11.45 malam dan sembilan daripada dua keluarga pula telah ditempatkan di PPS SK Titi Gantung yang juga dibuka semula pada 2.10 pagi ini. “Selain itu, dua lagi PPS di Baling iaitu SK Tanjung Pari dan PPS SK Siong masing-masing menempatkan seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga dan 21 mangsa daripada lapan keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Saifuddin berkata, di daerah Pendang pula seramai 137 mangsa daripada 34 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah berikutan paras air naik hingga 2.79 meter kerana hujan lebat selain limpahan air di Sungai Pendang. “Lima mukim iaitu Mukim Ayer Puteh, Mukim Padang Peliang, Mukim Guar Kepayang, Mukim Paya Pusing dan Mukim Bukit Raya yang melibatkan 10 buah kampung berdekatan sungai tersebut mula dinaiki air sejak Khamis lalu.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kerajaan Kedah tuntut royalti pajakan Pulau Pinang RM100 juta - Utusan DigitalKerajaan Kedah tuntut royalti pajakan Pulau Pinang RM100 juta - Utusan Digital'British mula membuat pembayaran royalti pada 1786 dan perjanjian pada masa waktu tersebut menyatakan jumlah pajakan adalah 10,000 dolar Sepanyol. Ketika itu nilai mata wang Sepanyol lebih dominan jika dibandingkan dollar Amerika Syarikat (AS) tetapi…
Read more »

Tangan palsu 3D ciptaan UTM untuk kanak-kanak OKU, mangsa perang di Yaman - Utusan DigitalTangan palsu 3D ciptaan UTM untuk kanak-kanak OKU, mangsa perang di Yaman - Utusan DigitalRekaan tangan palsu 3D bersaiz kecil itu disasarkan untuk kegunaan kanak-kanak berusia enam hingga 10 tahun sama ada cacat semenjak dilahirkan, kemalangan atau kesan daripada peperangan di Yaman.
Read more »



Render Time: 2026-06-07 11:54:26