A local man in his twenties was threatened with a sword and sprayed with an unknown substance during a robbery at a grocery store in Kampung Kuala Lesung, Kuala Ketil. Four masked suspects in a white Perodua Bezza fled with cash and valuables after the incident, leaving the victim with minor injuries. Police are investigating under Sections 395/397 of the Penal Code and seeking public assistance.
BALING: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila dilibas pedang serta disembur sejenis bahan oleh empat penjenayah dalam kejadian samun sebuah kedai runcit di Kampung Kuala Lesung, Kuala Ketil , di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 8.45 malam. Katanya, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an didatangi empat suspek lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Bezza berwarna putih.
“Keempat-empat suspek memakai topi keledar, topeng muka, jaket dan sarung tangan ketika melakukan samun terhadap mangsa, selain salah seorang suspek memegang sebilah pedang dan melibas ke arah mangsa,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian belakang badan dan menerima rawatan di Hospital Baling selain kerugian sejumlah wang tunai akibat kejadian samun itu. Tambahnya, polis sedang giat mengesan semua suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. Sejak semalam, rakaman televisyen litar tertutup memaparkan kejadian tular di media sosial melibatkan empat lelaki meluru ke kaunter bayaran sebelum salah seorang daripada mereka melibas mangsa dengan sebilah pedang. Seorang lagi suspek dilihat menyembur sejenis bahan ke arah mangsa sebelum kesemua mereka melarikan barangan berharga. – UTUSAN
Robbery Sword Attack Kuala Ketil Baling Armed Robbery CCTV Footage
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Six Youths Arrested for Dangerous Wheelie Stunts in Kuala LumpurPolice have arrested six individuals, including four minors, for performing dangerous wheelie stunts on busy Kuala Lumpur roads, captured in a viral video.
Read more »
Six Arrested for Performing Dangerous Wheelie Stunts in Kuala LumpurPolice in Kuala Lumpur have arrested six individuals, including four minors, for allegedly performing dangerous wheelie stunts on public roads.
Read more »
[Foto] Semalaman Di The RuMa Kuala Lumpur, Hotel Bertaraf MICHELIN Key Yang Semakin PopularThe RuMa Hotel and Residences ini terletak berdekatan dengan KLCC.
Read more »
Two Door Cinema Club Announces 15th Anniversary Tour in Kuala LumpurNorthern Irish indie rock band Two Door Cinema Club will perform at Mega Star Arena on August 19, 2026, celebrating the 15th anniversary of their iconic album Tourist History. The concert will feature a full album performance plus other hits, with tickets on sale from May 23, 2026.
Read more »




