SEREMBAN: Malaysia tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pengampunan melibatkan ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau
SEREMBAN: Malaysia tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pengampunan melibatkan ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata bagi kerajaan Malaysia isu itu tidak timbul kerana prosiding mahkamah melibatkan individu berkenaan masih berjalan. Advertisement“Tiada isu, kita tidak akan mempertimbangkannya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2026, di sini hari ini. Ditanya sama ada kerajaan akan membantah secara rasmi sebarang tindakan oleh Amerika Syarikat berhubung perkara itu, Anwar berkata: “Bagi pihak kita, kita tidak akan mengambil pendekatan itu … namun sudah tentu apa jua keputusan AS ia urusan mereka sendiri.
” SPONSORED CONTENT Cosmobeauté expands into Borneo with debut festival in KK Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre from May 25 to 26. Read more Perdana menteri berkata beliau juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan pengampunan yang dikemukakan oleh Jho Low.
“Kita telah menjelaskannya dengan sejelas-jelasnya, ia tidak menjadi isu. Walaupun dia ada kemuka permohonan , ia bukan perkara yang perlu kita bincangkan kerana dia masih melalui proses perundangan di mahkamah,” kata beliau. Advertisement Dua hari lepas, media asing melaporkan Jho Low yang didakwa oleh AS sebagai dalang satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah, dipercayai telah mengemukakan permohonan pengampunan kepada Presiden Donald Trump beberapa minggu yang lepas.
Menurut laporan itu, kelulusan permohonan berkenaan akan menyebabkan pertuduhan jenayah di AS terhadap Jho Low digugurkan. Advertisement Laporan itu turut menyatakan laman web Jabatan Kehakiman AS menyenaraikan permohonan atas nama Taek Jho Low sebagai ‘pending’ bagi ‘Pardon after Completion of Sentence’. Ahli perniagaan itu didakwa pada 2018 kerana menyeleweng kira-kira USD4.5 bilion daripada dana 1MDB, namun masih bebas dan diburu pihak berkuasa.
News Newspaper Headlines Malaysia Borneo Local National Business Sport Mobile
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysian fugitive Jho Low applies for US presidential pardon during Trump eraThe article reports on the possibility of former US President Donald Trump pardoning Malaysian businessman Low Taek Jho, better known as Jho Low, evading arrest and facing criminal charges in the US.
Read more »
Anwar should oppose Jho Low pardon bid with direct letter to Trump, says Guan EngKUALA LUMPUR, May 15 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim should immediately write to US President Donald Trump to formally oppose fugitive businessman Low Taek Jho’s...
Read more »
A non-issue: M'sia won't support Jho Low's pardon bid, says AnwarMay 15 (Reuters) - France captain Kylian Mbappe said he is now the fourth-choice forward at Real Madrid after manager Alvaro Arbeloa left him out of the starting line-up for their 2-0 win over Real Oviedo on Thursday.
Read more »
Malaysia Won't Consider Jho Low's US Pardon Bid, Says PMPrime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim says Malaysia will not consider any pardon application involving fugitive businessman Low Taek Jho, better known as Jho Low, as court proceedings involving the individual are still ongoing.
Read more »




