Malaysia seru komuniti antarabangsa sama-sama noktahkan penindasan Palestin
“Bagi memperingati ulang tahun Nakba yang ke-75, Malaysia mengulangi komitmen dan solidariti yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dalam menentang kebijakan imperialisme rejim aparteid Zionis Israel yang rakus dan menginjak prinsip-prinsip kemanusiaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.
Menurut Anwar, Malaysia berpegang teguh dengan pendirian mengutuk pendudukan haram Israel ke atas wilayah Palestin yang diceroboh serta penindasan terhadap penduduk Palestin yang dihalang daripada mendapatkan hak sebagai rakyat yang sah dan mutlak. Anwar berkata, Malaysia selaku ahli dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Mengenai Pelaksanaan Hak yang Tidak Terpisah Penduduk Palestin yang menganjurkan acara memperingati Nakba itu juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memastikan Israel bertanggungjawab terhadap kekejaman yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB saban tahun.
Hari Nakba pada 15 Mei adalah untuk mengingati pengusiran ratusan ribu rakyat Palestin dari kediaman dan tanah air mereka pada 1948 selepas penubuhan Israel. – Bernama, 15 Mei, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia perlu serius fokus isu hak asasi manusia, kata Ambiga | The Malaysian InsightSusulan menerima anugerah juri, beliau berkata negara kini dalam perhatian dunia terutama bagi isu hak asasi dan undang-undang.
Read more »
All eyes on Malaysia after top jurist award, says Ambiga | The Malaysian InsightThe country must buck up as it will be judged by how it promotes human rights, rule of law.
Read more »
Malaysia end 8th day at SEA Games with no gold | The Malaysian InsightContingent bags one silver, 12 bronze medals on Saturday.
Read more »
Pengeksport durian Malaysia tidak terkesan dengan saingan dari China | The Malaysian InsightPengeksport durian Malaysia tidak terkesan dengan saingan dari China
Read more »
Hari Belia lonjak semangat anak muda Malaysia, kata PM | The Malaysian InsightAnwar Ibrahim berkata sambutan itu juga ingatkan golongan berkenaan mereka ialah pemimpin kini dan masa depan.
Read more »
Malaysian durian exporters unfazed by China competition | The Malaysian InsightMalaysian durian exporters unfazed by China competition
Read more »