Hujah itu berkaitan dasar dan langkah Israel termasuk pendudukan berpanjangan Israel, aktiviti penempatan dan pencerobohan wilayah Palestin yang merupakan pelanggaran jelas.
PETALING JAYA: Malaysia dijadual mengambil bahagian dalam sesi pendengaran awam mengenai konflik Palestin dan Israel di Istana Keamanan, The Hague, Belanda.
“Malaysia menyertai prosedur pendapat nasihat ini bagi membantu ICJ meneliti persoalan-persoalan perundangan yang dikemukakan oleh Perhimpunan Agung PBB. “Sebagai sebuah negara yang lantang memperjuang isu Palestin, kehadiran Malaysia di ICJ adalah penting untuk berganding bahu bersama-sama negara sepemikiran dalam mempertahankan isu-isu kemanusiaan sejagat.
Ini kali kedua Malaysia terlibat secara langsung dalam prosedur mendapatkan pendapat nasihat ICJ bagi menyokong Palestin.