Malaysia's Technical and Vocational Education and Training (TVET) industry has gained momentum with 510,151 visitors attending the three-day celebration of TVET Day 2026. The event marked the launch of TVET 2.0 by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, which aims to provide a more responsive, flexible, and industry-focused training system.
PETALING JAYA: Industri Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional negara semakin diyakini sebagai laluan utama pembinaan bakat dan kerjaya masa hadapan apabila menarik kehadiran seramai 510,151 pengunjung sepanjang tiga hari Sambutan Hari TVET Negara 2026.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemuncak sambutan tahun ini adalah pelancaran TVET 2.0 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, inisiatif itu menandakan satu anjakan besar dalam pembangunan bakat negara melalui sistem latihan yang lebih responsif, fleksibel dan berpaksikan keperluan industri.
“TVET 2.0 bukan sekadar penambahbaikan dasar, tetapi merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan Malaysia memiliki tenaga kerja yang mampu menguasai teknologi baharu, memenuhi keperluan industri masa hadapan dan bersaing di peringkat global. “Saya turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai kesediaan kerajaan menyediakan sehingga RM50 juta daripada Dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi menyokong pelaksanaan awal TVET 2.0.
“Langkah ini akan mempercepat usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang menjadi tunjang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, satu lagi pencapaian yang amat membanggakan ialah penganjuran The 3rd Malaysia-China International Industry-Education Cooperation Forum dan 5th Malaysia-China Vocational Education Fair 2026 .
“Melalui kerjasama strategik Malaysia-China, sebanyak 1,000 tempat biasiswa bernilai hampir RM18 juta; sejumlah 2,000 peluang latihan antarabangsa bernilai lebih RM10 juta serta sumbangan peralatan latihan TVET bernilai hampir RM2 juta telah diumumkan untuk manfaat pelajar, graduan dan tenaga pengajar TVET negara,” katanya. Ahmad Zahid berkata, prestasi TVET negara turut menunjukkan perkembangan amat memberangsangkan apabila kadar kebolehpasaran graduan meningkat kepada 95.9 peratus pada tahun lalu berbanding 92.5 peritus pada 2022.
“Lebih membanggakan, terdapat institusi TVET mencatatkan kadar kebolehpasaran yang lebih tinggi, termasuk 98.9 peritus bagi institusi TVET di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan 100 peratus bagi institusi TVET di bawah CIDB. “Pencapaian ini membuktikan bahawa TVET bukan lagi alternatif, tetapi telah berkembang menjadi antara agenda nasional terpaling penting dalam membangunkan modal insan Malaysia. “Kejayaan ini juga memperlihatkan keyakinan industri, sokongan masyarakat serta pengiktirafan antarabangsa terhadap usaha negara memperkukuh ekosistem TVET,” katanya.
Bertemakan TVET Pilihan Utama Kerjaya, sambutan tahun ini menghimpunkan pelbagai pihak dalam satu ekosistem yang memperkukuh hubungan antara kerajaan, institusi pendidikan, industri dan masyarakat. Sebanyak 117 institusi TVET dan industri menyertai Hab Pameran dan Kolaborasi Industri TVET, manakala 30 institusi TVET dari Republik Rakyat China mengambil bahagian dalam Pameran Institusi TVET China. Selain itu, 28 majikan menyertai Karnival Kerjaya TVET dan 39 usahawan TVET mempamerkan potensi serta kejayaan mereka melalui Hab Usahawan TVET. –
Malaysia TVET TVET 2.0 Education Training
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
RM50 Million TVET 2.0 Fund to Strengthen Skills Development, Says HR MinisterThe Human Resources Ministry will fully utilize a RM50 million fund under the Skills Development Fund Corporation to enhance Technical and Vocational Education Training (TVET) 2.0 implementation. Minister Datuk Seri R. Ramanan expressed gratitude for the allocation announced by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim during National TVET Day 2026 celebrations. The fund will support high-impact programmes to empower micro, small and medium enterprises (MSMEs) and mainstream TVET as a key path for talent development. Aligned with the 13th Malaysia Plan, New Industrial Master Plan, and National Energy Transition Roadmap, the initiative aims to develop highly-skilled, resilient talent to meet industry needs, boost youth employment, and strengthen Malaysia's competitiveness as an investment destination and regional talent hub. Programmes will be supervised by the National TVET Council and Skills Development Fund Corporation, focusing on strategic sectors such as electric and electronic, green economy, blue economy, and orange economy.
Read more »
Malaysia allocates RM50mil for TVET 2.0 development, says PM AnwarPrime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced a RM50mil allocation from the High-Impact Programme fund under the Skills Development Fund Corporation (PTPK) to strengthen technical and vocational education and training (TVET), focusing on emerging sectors such as AI, digital technologies, cryptology, and energy transition. The funds require cooperation from private sector and industry stakeholders. This is part of a broader RM650mil allocation under Budget 2026 for national talent development, TVET, and industrial upskilling.
Read more »
Malaysia's TVET System Integrates Advanced Technology to Prepare Workforce for Future DemandsThe Higher Education Ministry's Polytechnics and Community Colleges Department is enhancing technical and vocational education by integrating AI, IoT, and virtual reality into classrooms. This initiative aims to produce technologically agile graduates and expand access to lifelong learning for diverse communities, thereby strengthening national workforce readiness.
Read more »
Malaysia Launches Special Stamp Collection for Visit Malaysia 2026Malaysia has released a special stamp collection in conjunction with Visit Malaysia 2026 (VM2026), featuring the campaign's sun bear mascots Wira and Manja along with iconic landmarks and cultural icons from all 14 states. The collection includes stamps, a miniature sheet, First Day Covers, postcards, and a commemorative folder, aiming to showcase the country's diverse identities and cultural richness to both locals and international audiences.
Read more »




