The Malaysian government has decided to uphold the existing 1962 Water Agreement with Singapore, emphasizing the need to consider the implications of any changes to the current water sale rate to Singapore. Deputy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir highlighted that despite the low rate of three cents per 1,000 gallons for raw water sales to Singapore, it has significant economic benefits for Malaysia. Johor currently buys an average of 16 million gallons per day (MGD) of treated water from Singapore at 50 cents per 1,000 gallons, far exceeding the 5 MGD stipulated in the agreement.
: Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura, perlu mempertimbangkan implikasi terhadap kos pembelian air terawat dari negara itu, yang menjadi keperluan kritikal bagi negeri Johor.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata walaupun harga yang ditetapkan untuk penjualan air mentah kepada Singapura adalah rendah, iaitu pada kadar tiga sen setiap 1,000 gelen, namun dari segi impak ekonomi ia sebenarnya memberi timbal balik kepada negara. Beliau berkata berdasarkan rekod Badan Kawal Selia Air Johor , Johor kini membeli purata 16 juta gelen sehari air terawat pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen, jauh melebihi kadar lima MGD yang diperuntukkan dalam perjanjian itu. “Sebagai perbandingan kos untuk merawat air yang sama kalau kita rawat sendiri, kosnya secara puratanya adalah sekitar RM1.80 untuk meter padu. Jadi harga itu kalau kita terjemahkan pada harga gelen kepada meter padu yang kita beli daripada Singapura itu adalah sekitar 11 sen. “Jadi sebenarnya ada timbal balik di situ, maka sebelum kita membuat sebarang keputusan ataupun meneruskan sebarang hasrat, kita perlu mencapai net zero dependency dengan kemampuan untuk kita mengeluarkan air terawat di Johor, sebelum kita menilai kembali apa-apa hala tuju yang baharu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Khalib Abdullah yang ingin tahu impak ekonomi yang dihadapi Malaysia akibat penjualan air mentah kepada Singapura pada kadar yang dianggap subsidi dan kesan jangka panjang terhadap sumber air di Johor, jika perjanjian itu diteruskan tanpa sebarang perubahan. Menjawab soalan asal Hassan Abdul Karim sama ada kerajaan akan berunding dengan Singapura berhubung mengkaji semula Perjanjian Sungai Johor tahun 1962, Akmal Nasrullah berkata kerajaan Malaysia mengambil pendekatan yang berhati-hati dan teliti, kerana perkara itu penting bagi memastikan sebarang langkah yang diambil tidak membebankan rakyat. Sehubungan dengan itu, beliau berkata untuk mengurangkan kebergantungan kepada Singapura projek Zero Dependency telah dirangka dan sedang dilaksanakan. “Antara projek utama ialah pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai di Sungai Johor , pembinaan baraj di Sungai Sedili Besar serta pembinaan loji rawatan air seperti Loji Rawatan Air Layang 2 dan Loji Rawatan Air Semangar 3. “Projek-projek ini bertujuan meningkatkan kapasiti simpanan air mentah dan terawat, sekali gus memastikan Johor mampu memenuhi keperluan air secara mandiri dalam jangka panjang,” katanya. Bagaimanapun Akmal Nasrullah berkata sasaran untuk mencapai zero dependency menjelang tahun 2030 mungkin tidak dapat direalisasikan sepenuhnya, mengambil kira pertumbuhan sektor industri seperti pusat data dan semikonduktor. “Oleh itu, bekalan air terawat daripada Singapura masih diperlukan untuk memenuhi keperluan air negeri Johor. Dalam hal itu, kerajaan terus mengutamakan rundingan dan pandangan pihak berkepentingan. “Berdasarkan perbincangan pada Oktober 2024 bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan kementerian, diputuskan bahawa semakan kadar air mentah tidak perlu dirundingkan buat masa ini,” katanya.
Water Agreement Singapore Malaysia Economic Benefits Raw Water Sales Treated Water
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Former RMAF senior officer fined RM150,000 for accepting RM100,000 bribe in house construction dealKUALA LUMPUR, Nov 14 — The Sessions Court here today ordered a former Royal Malaysian Air Force (RMAF) major general, Datuk Zainal Abdul Manaf, 61, to pay a RM150,000 fine after...
Read more »
Three drown after water surge on Sg Kampar hits white-water raftersTengku Zatashah and Sham share a close bond, with the former often referring to the internet personality as her mei mei (little sister).
Read more »
Scheduled Batu Ferringhi water cut: Consumers reminded to store water ahead(Reuters) - Rajasthan Royals said they were confident 13-year-old Vaibhav Suryavanshi can make the step up to the Indian Premier League (IPL) after the batsman became the youngest player to earn a contract in the lucrative Twenty20 tournament.
Read more »
Johor Dependent on Singapore for Treated Water Amid Concerns Over Raw Water Sales RateDeputy Minister Akmal Nasrullah Mohd. Nasir discussed the implications of changes to the rate of raw water sales under the 1962 Johor River Water Agreement. He emphasized the high dependence of Johor on Singapore for treated water and the costs involved, while also introducing the Zero Dependency project to reduce this reliance.
Read more »
Johor’s rapid growth still needs Singapore’s treated water, says water deputy ministerBryar was with the group from 2004 to 2010.
Read more »
Raw water rate to Singapore review: Complex implicationsThe government has decided to stick with the existing provision in the 1962 Water Agreement.
Read more »




