Malaysia perlu PM, kerajaan sah pulih ekonomi, Covid-19
SHAH ALAM: Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang sah serta kerajaan stabil bagi membentuk dasar termasuk kemampuan melaksanakannya dengan lancar untuk memulihkan ekonomi dan krisis Covid-19.
Hal itu ditegaskan Koordinator Gerakan Rakyat Pulih Negara, Mohd. Azmi Abdul Hamid yang menggesa kerajaan membela nasib rakyat ketika ini yang perlu seiring dengan penyelesaian status Perdana Menteri. “Menawarkan jawatan dan habuan wang untuk kekal berkuasa sangat tidak beretika dan melanggar undang-undang serta bercanggah dengan Perlembagaan. “Lebih parah Muhyiddin mengisytiharkan tidak akan melepaskan jawatan dengan alasan bukan bidang kuasanya serta mendakwa melampaui kuasa Yang di-Pertuan Agong. Malah ini adalah suatu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong,”katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, tindakan terus memegang jawatan Perdana Menteri yang telah hilang majoriti dan tidak akur kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan salah dan merbahaya. Kata Mohd. Azmi, jawatan Muhyiddin pada hakikatnya terlucut dan jika terus berada di jawatan tersebut , sebarang keputusan beliau sebagai Perdana Menteri boleh dicabar di mahkamah kerana keabsahannya sedang dipertikaikan. “Jika ini berlaku pelabur dalam dan luar negara tidak berani meneruskan urusan dengan kerajaan kerana status kerajaan itu sendiri tidak sah dari segi Perlembagaan. “Demikian jugalah mengurus pelbagai langkah pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi , akan terbantut kerana ia perlu melalui proses kelulusan di parlimen dan dewan negara untuk meluluskan perbelanjaan , undang-undang , polisi dan pewartaan,” katanya. Mengulas lanjut, Mohd. Azmi berkata, tanpa Perdana Menteri dan kerajaan yang sah, pengurusan Covid-19 juga akan terganggu dan disebabkan itu pihaknya kerajaan perlu disahkan keabsahannya supaya dapat membela nasib rakyat. “Harus diingat sistem negara ini ditadbir adalah dalam kerangka Perlembagaan. Untuk mengenepikan keluhuran Perlembagaan, pengurusan pandemik akan menjadi lebih bercelaru dan seluruh sistem negara akan runtuh. “Natijahnya akan menjadikan negara terkeluar daripada landasan. Jika jelas ada wakil rakyat yang dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri dengan bukti memiliki sokongan majoriti , maka proses Perlembagaan perlu perlu segera dilaksanakan,” ujarnya.- UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tidak perlu uji sokongan, PM patut letak jawatan, kata Khaled | The Malaysian InsightNaib presiden Umno itu berkata kalau benar surat speaker yang tular itu, tidak perlu lagi menguji sokongan di Dewan Rakyat.
Read more »
Sabah party leader Ongkili implores Opposition to accept PM Muhyiddin’s offer to work together for Malaysia | Malay MailKUALA LUMPUR, Aug 14 — Tan Sri Muhyiddin Yassin’s offer for cross-party cooperation is an opportunity the Opposition should seize to stabilise Malaysia and put the country on the path of recovery in the pandemic, Parti Bersatu Sabah (PBS) president Datuk Seri Maximus Ongkili said. Ongkili,...
Read more »
DAP denounces ‘national obsession’ on who PM should be, calls for focus on Covid-19 reset plan | Malay MailKUALA LUMPUR, Aug 14 ― Opposition party DAP today explained its rejection of Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s offer for bipartisan cooperation to stabilise Malaysia and speed up the country’s health and economic recovery during the pandemic. Its secretary-general Lim Guan Eng said...
Read more »
Kedai gunting rambut, cuci kereta buka esok di negeri Fasa 1, umum PM | The Malaysian InsightNegeri Fasa 1 PPN adalah Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Putrajaya.
Read more »
Kerajaan teliti buka Langkawi kepada pelancong, kata PM | The Malaysian InsightCadangan itu diteliti sebagai perintis mewujudkan gelembung pelancongan di lebih banyak destinasi seperti pulau peranginan yang mudah dikawal pergerakannya.
Read more »
PM Muhyiddin: National Covid-19 Immunisation Programme shows positive sign with drop in categories three to five cases | Malay MailKUALA LUMPUR, Aug 15 — The National Covid-19 Immunisation Programme (PICK) has shown early positive developments with a drop in infections in categories three to five in six states, said Tan Sri Muhyiddin Yassin. The prime minister said data from the Health Ministry (MoH) showed that...
Read more »




