Malaysia optimis FDI Jepun lebih RM30 bilion pada 2023, kata PM

Malaysia News News

Malaysia optimis FDI Jepun lebih RM30 bilion pada 2023, kata PM
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 56 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 26%
  • Publisher: 72%

Anwar Ibrahim berkata perkara itu menandakan keyakinan tidak berbelah bahagi Jepun kepada negara ini.

KUALA LUMPUR: Malaysia optimis pelaburan langsung asing dari Jepun akan melebihi RM30 bilion pada 2023, menandakan keyakinan tidak berbelah bahagi pelabur dari negara itu terhadap Malaysia, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz telah memaklumkan bahawa akan ada pelaburan baharu yang datang dari Jepun ke Malaysia tahun ini. “Ini sangat mengagumkan daripada syarikat yang sudahpun melabur di Malaysia, yang sentiasa membuat komitmen untuk meningkatkan dan mengembangkan pembangunan mereka ke Malaysia,” katanya semasa sidang media bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.Anwar berkata, sebagai negara rakan Komuniti Pelepasan Sifar Bersih Asia , Malaysia dan Jepun komited melaksanakan usaha yang lebih penting menyahkarbon dan mencapai aspirasi pelepasan gas rumah hijau sifar bersih yang lebih besar.

“Perbincangan kami memberi keutamaan kepada peralihan tenaga. Kita berharap dapat mengukuhkan kerjasama dengan Jepun kerana kita telah mengeksport gas asli cecair melalui Petronas selama beberapa dekad dan ini adalah sesuatu yang Perdana Menteri Kishida dan delegasinya sangat berminat untuk lakukan,” katanya.

Pada 2022, LNG merupakan eksport utama Malaysia ke Jepun merangkumi 31% daripada keseluruhan jumlah eksport ke negara tersebut.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

fmtoday /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

PM Jepun Fumio Kishida adakan lawatan kerja 2 hari ke MalaysiaPM Jepun Fumio Kishida adakan lawatan kerja 2 hari ke MalaysiaPUTRAJAYA: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida akan mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada 4-5 Nov, lawatan pertamanya ke Malaysia sejak dilantik s...
Read more »

Malaysia-Jepun bakal bincang konflik Palestin-IsraelMalaysia-Jepun bakal bincang konflik Palestin-IsraelDatuk Seri Anwar Ibrahim untuk menilai kemajuan hubungan dua hala terutamanya melibatkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Read more »

PM Jepun tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dua hariPM Jepun tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dua hariSEPANG: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia, lawatan sulung beliau ke negara i...
Read more »

PM, Kishida adakan pertemuan perkukuh hubungan Malaysia-JepunPM, Kishida adakan pertemuan perkukuh hubungan Malaysia-JepunPUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida bagi membinc...
Read more »

Malaysia hargai komitmen Jepun, bantah pendudukan haram IsraelMalaysia hargai komitmen Jepun, bantah pendudukan haram Israel'Kami berbincang berhubung konflik Palestin-Israel, walaupun wujud penekanan berbeza, tetapi saya menghargai komitment Kishida.
Read more »

Wanita Jepun ditahan jual buku cara kikis duit ‘sugar daddy’Wanita Jepun ditahan jual buku cara kikis duit ‘sugar daddy’Wanita Jepun ditahan jual buku cara kikis duit 'sugar daddy'
Read more »



Render Time: 2025-02-19 20:23:06