To support the target minimum wage of RM3,000 by 2030 under the 13th Malaysia Plan, Malaysia must achieve a consistent annual GDP growth of 4 to 5 percent to ensure economic balance and increased labor productivity.
MALAYSIA perlu mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sehingga lima peratus setahun bagi menyokong sasaran gaji minimum RM3,000 menjelang 2030. - GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Malaysia perlu mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sehingga lima peratus setahun bagi menyokong sasaran gaji minimum RM3,000 menjelang 2030.
Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi Mara , Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, pertumbuhan tersebut perlu dicapai secara konsisten bagi memastikan peningkatan gaji dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan keseimbangan ekonomi. Katanya, kenaikan gaji yang mampan tidak boleh bergantung kepada dasar semata-mata, sebaliknya perlu disokong oleh pertumbuhan ekonomi sebenar dan nilai tambah pekerja.
“Untuk menyokong sasaran gaji minimum sekitar RM3,000 menjelang 2030, Malaysia secara asasnya memerlukan pertumbuhan KDNK yang konsisten sekitar empat peratus hingga lima peratus setahun selari dengan peningkatan produktiviti buruh. “Jika pertumbuhan terlalu rendah, kenaikan gaji berisiko menekan kos perniagaan dan mengurangkan peluang pekerjaan, manakala pertumbuhan yang stabil membolehkan peningkatan gaji berlaku secara lebih seimbang dan berdaya tahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Malaysia menyasarkan gaji minimum RM3,000 sebulan menjelang 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 sebagai langkah pembaharuan pasaran buruh. Setakat 2024, Khazanah telah menetapkan gaji minimum RM3,000 untuk pekerjanya dan sektor swasta digesa mencontohi langkah ini untuk mencapai sasaran tersebut. Mengulas usaha mencapai sasaran gaji minimum RM3,000, Mohamad Idham berkata, kerajaan dan sektor swasta perlu bergerak seiring dalam meningkatkan produktiviti, kemahiran serta struktur ekonomi.
Katanya, langkah itu termasuk memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional , menarik pelaburan bernilai tinggi serta mempercepat digitalisasi dan automasi.
“Pada masa sama, sektor swasta perlu beralih kepada model perniagaan yang lebih berintensifkan teknologi dan inovasi, bukan lagi bergantung kepada tenaga kerja kos rendah. “Peningkatan gaji juga perlu disokong oleh peningkatan kecekapan dan output pekerja supaya ia tidak menjejaskan daya saing syarikat dalam jangka panjang,” katanya. Beliau berkata, cabaran utama bagi mencapai sasaran tersebut melibatkan jurang produktiviti, struktur pasaran buruh serta kemampuan majikan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana .
Katanya, banyak sektor masih bergantung kepada pekerja berkemahiran rendah dan model kos murah sehingga menyukarkan peralihan kepada gaji lebih tinggi. –
Malaysia GDP Growth Minimum Wage Labor Productivity RMK13
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
RM3,000 paddy price floor proposal may not benefit industry without addressing core issuesThe proposal to increase the paddy purchase price floor to RM3,000 per metric ton is seen as unrealistic by industry players, who argue that fundamental issues such as input costs, fertilizer quality, drainage systems, and seed quality must be addressed first. The Malaysian Rice Millers Association and the Malaysian Rice Millers Federation have criticized the proposal, stating it could lead to a significant rise in rice prices if implemented without proper reforms.
Read more »
Palestinian Ambassador Praises Malaysia, Seeks to Strengthen TiesPalestine's Ambassador to Malaysia Jehad Fouad Alqdra praised Malaysia as one of Palestine's most consistent and principled international supporters, reaffirming that while bilateral ties are firmly rooted in solidarity, mutual respect, and shared humanitarian values, Palestine also seeks to advance cooperation with Malaysia in broader areas such as in economy and trade. He expressed hope for an official visit by Palestinian Foreign Minister to Malaysia and sought Malaysia's active participation in the reconstruction process for the destroyed infrastructure in Gaza, bringing unique technology and building expertise.
Read more »
Pharmacy Manager and Pharmacist Fined for Selling Poison Without PrescriptionA pharmacy manager and a registered pharmacist in Kota Kinabalu were fined RM7,000 for selling Amlodipine, a controlled poison, without a prescription. Mary Majinus was fined RM3,000 for selling Hovasc 10mg tablets, while Bui Kai Juin was fined RM4,000 for failing to supervise the sale. Both offences violated the Poisons Act 1952, posing risks to public health.
Read more »
Median vs minimum: Why Malaysia’s RM3,500 wage target by 2030 matters for ordinary workersMalaysia targets RM3,500 median monthly wage by 2030 under 13MPMedian wage offers a clearer picture of typical earnings than average payPolicy push focuses on lifting incomes...
Read more »
Kapayan rep challenges Sabah RM3.019 billion revenue figureKota Kinabalu: Kapayan Assemblyman Chin Tek Ming challenged the RM3.019 billion figure presented by State Finance Minister Datuk Seri Masidi Manjun as Sabah&rsq
Read more »
Gobind: AI To Contribute Up To RM20 Billion To Malaysia GDP Annually By 2030Digital Minister Gobind Singh Deo says that AI will contribute up to RM20 billion to the GDP of Malaysia by 2030.
Read more »




