Beyond the Breaking News

Malaysia kutuk pencerobohan Al-Aqsa, seru PBB bertindak

Malaysia News News

Malaysia kutuk pencerobohan Al-Aqsa, seru PBB bertindak
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Malaysia mengulangi pendirian dan seruan kepada masyarakat antarabangsa serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar mengambil tindakan segera bagi menghentikan sebarang pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa

PETALING JAYA: Malaysia mengulangi pendirian dan seruan kepada masyarakat antarabangsa serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar mengambil tindakan segera bagi menghentikan sebarang pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Malaysia mengutuk keras insiden tersebut dengan menyifatkan sebarang usaha ke arah melakukan proses Yahudisasi terhadap Masjid Al-Aqsa adalah perbuatan keji yang mencemarkan kesucian masjid itu.

Malah katanya, tindakan terbaharu melibatkan peneroka haram dengan sokongan rejim Zionis Israel merupakan cubaan untuk mengubah realiti di lapangan serta ciri-ciri budaya, sejarah dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

“Tindakan sedemikian bersifat provokatif dan tidak boleh diterima sama sekali, selain jelas mengabaikan peranan penjagaan terhadap tapak-tapak suci Islam di Baitulmaqdis. “Masyarakat antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri ketika permusuhan dan pencerobohan berlaku secara terang-terangan,” katanya hari ini. Memetik laporan antarabangsa, peneroka haram Israel sebelum ini menceroboh Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dengan kawalan serta perlindungan polis Israel, di saat ketegangan serta amaran rakyat Palestin mengenai rancangan Yahudisasi di kawasan suci itu.

Menurutnya, tindakan berlaku ketika kebimbangan semakin meningkat terhadap usaha mengubah identiti agama dan sejarah Masjid Al-Aqsa melalui pelbagai langkah yang didakwa menyasarkan tapak suci umat Islam berkenaan. Dalam pada itu, Wisma Putra berkata, Malaysia akan terus bersolidariti yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin serta mengulangi pendirian teguhnya dalam menyokong penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. –

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Rohingya Families Leave Malaysia For USA So Their Kids Can StudyRohingya Families Leave Malaysia For USA So Their Kids Can StudyTwo ethnic Rohingya women who spent most of their lives in Malaysia spoke fondly of their lives in Malaysia, yet found that genuine social acceptance could not replace the legal rights and opportunities they hoped to secure abroad.
Read more »

B15 biodiesel rollout starts June 1: Why it matters for Malaysia’s energy securityB15 biodiesel rollout starts June 1: Why it matters for Malaysia’s energy securityKUALA LUMPUR, May 31 — Malaysia is set to enter a new phase in its energy transition amid a global supply crisis, with the biodiesel blend rate in Peninsular Malaysia to be...
Read more »

GI Sector posts RM1.2 billion profitGI Sector posts RM1.2 billion profitKota Kinabalu: The General Insurance Association of Malaysia or Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) said Malaysia’s general insurance industry posted RM1.2 billion underwriting profit last yea
Read more »

Johor Regent, MB lead Bangsa Johor in extending birthday greetings to KingJohor Regent, MB lead Bangsa Johor in extending birthday greetings to KingJOHOR BAHRU, June 1 — The Regent of Johor, Tunku Mahkota Ismail, today conveyed his greetings and prayers to His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, in conjunction with His...
Read more »



Render Time: 2026-07-18 22:10:24