Malaysia kini dalam fasa pemulihan Covid-19, kata KP Kesihatan
Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 Mac kini dilanjutkan sehingga 12 Mei.– Gambar fail The Malaysian Insight, 24 April, 2020.
FASA pertama dan kedua Perintah Kawalan Pergerakan membantu Malaysia mengurangkan kemuncak Covid-19, kata Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.“Kita juga menjangkakan kemuncak pada 14 April pada 6,300 kes namun kita tidak melihatnya. “Ini bermakna mungkin PKP 1 dan 2 telah mengurangkan kemuncak dan kita kini dalam fasa pemulihan, bukan fasa kemuncak,” kata ketua pengarah kesihatan pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya.Sebelum pelaksanaan PKP yang bermula pada 18 Mac, kadar jangkitan atau R-naught Malaysia adalah pada 3.55 – bermakna satu kes positif boleh menjangkiti sehingga 3.55 orang.R-naught mewakili jumlah jangkitan baharu yang dianggarkan berpunca daripada satu kes.
Jumlah kes aktif setakat hari ini, selepas kematian dan pemulihan adalah 1,932. Jumlah kes Covid-19 adalah 5,691.PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac, selama dua minggu. Ia bagaimanapun dilanjutkan tiga kali dan dijangka berakhir pada 12 Mei, menjadikan Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan lapan minggu. – 24 April, 2020.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mustapa: Malaysia to revisit 12MP in light of Covid-19, weak oil prices | Malay MailKUALA LUMPUR, April 24 — Malaysia will need to realign its economic planning under the 12th Malaysia Plan (12MP) in view of the Covid-19 pandemic and the recent oil price crash. Minister in the Prime Minister’s Department (Economy) Datuk Seri Mustapa Mohamed said planning for the 12MP was done...
Read more »
Muslims in Malaysia, Indonesia mark Ramadan with unprecedented Covid-19 lockdowns | Malay MailJAKARTA, April 24 — Muslims around the world began marking Ramadan under coronavirus lockdown on Friday with unprecedented bans on family gatherings and mass prayers, while a pushback in some countries has sparked fears of a surge in infections. This year, the holy daytime fasting month will be a...
Read more »
Malaysia pada landasan betul dengan kadar 5% kes positif Covid-19, kata penasihat | The Malaysian InsightIa menunjukan ujian dan langkah pengekangan secara bersasar berkesan, kata penasihat khas kesihatan awam perdana menteri Dr Jemilah Mahmood.
Read more »
Malaysia on right path with 5% positive Covid-19 cases, says adviser | The Malaysian InsightTargeted testing, containment strategy shows nation doing enough tests for infections.
Read more »