Beyond the Breaking News

Malaysia-Indonesia selesai isu sempadan maritim selepas tertangguh 18 tahun | The Malaysian Insight

Malaysia News News

Malaysia-Indonesia selesai isu sempadan maritim selepas tertangguh 18 tahun | The Malaysian Insight
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Malaysia-Indonesia selesai isu sempadan maritim selepas tertangguh 18 tahun

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia Joko Widodo di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya hari ini. – Gambar Pejabat Perdana Menteri, 8 Jun 2023. MALAYSIA dan Indonesia berjaya menyelesaikan isu persempadanan maritim antara wilayah melibatkan Laut Sulawesi dan Selat Melaka yang tertangguh selama 18 tahun menerusi hubungan akrab serta kesepakatan pemimpin kedua-dua negara.

Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia mulai Rabu, turut berharap proses rundingan bagi isu perbatasan lain dapat diselesaikan segera. “Yang pasti sudah banyak disampaikan Anwar, yang pertama saya menyambut baik penyelesaian rundingan sempadan laut di Laut Sulawesi dan bahagian selatan Selat Melaka setelah 18 tahun proses rundingan. “Selepas 18 tahun berjaya diselesaikan Alhamdulillah, Anwar dibantu para menteri,” katanya dalam sidang akhbar bersama Anwar di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya hari ini. Rundingan sempadan di Laut Sulawesi dan bahagian paling selatan Selat Melaka telah dilakukan sejak 2005. Dalam pada itu, Anwar pula turut menzahirkan penghargaan atas komitmen Jokowi memberi kerjasama untuk memudahkan proses penyelesaian isu persempadanan itu. “Ini hubungan sangat akrab serta memudahkan dan saya berbangga dengan pimpinan dua-dua negara hari ini, kita dapat selesaikan satu isu yang telah kita runding selama berpuluh tahun,” katanya. Mengenai perlindungan yang diberikan kepada pekerja migran Indonesia, Jokowi menghargai komitmen Anwar dalam memperkukuh aspek perlindungan terhadap rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia. “Saya dan Anwar sepakat untuk membentuk mekanisme khusus bilateral untuk menyelesaikan masalah berkaitan pekerja migran Indonesia,” katanya. Jokowi turut menyuarakan tekad untuk melawan diskriminasi terhadap komoditi kelapa sawit dan komoditi lain yang dihasilkan kedua-dua negara yang merupakan negara pengimport terbesar kelapa sawit. “Kolaborasi semacam ini harus diperkuat jangan sampai komoditas yang dihasilkan oleh Malaysia dan Indonesia didiskriminasi di negara lain,” katanya. – Bernama, 8 Jun 2023.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

msianinsight /  🏆 8. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Malaysia wins battle to set aside Sulu heirs award | The Malaysian InsightMalaysia wins battle to set aside Sulu heirs award | The Malaysian InsightMalaysia wins battle to set aside Sulu heirs award
Read more »

Polis Thailand giat usaha kesan warga Malaysia hilang di Chiang Rai | The Malaysian InsightPolis Thailand giat usaha kesan warga Malaysia hilang di Chiang Rai | The Malaysian Insight
Read more »

Malaysia berjaya ketepikan anugerah waris Sulu AS$14.94 bilion | The Malaysian InsightMalaysia berjaya ketepikan anugerah waris Sulu AS$14.94 bilion | The Malaysian InsightAzalina Othman Said berkata keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.
Read more »

Welcome! You are invited to join a webinar: Top In Tech Ep35: The Bursa Carbon Exchange: A Game Changer for Malaysian Businesses. After registering, you will receive a confirmation email about joining the webinar.Welcome! You are invited to join a webinar: Top In Tech Ep35: The Bursa Carbon Exchange: A Game Changer for Malaysian Businesses. After registering, you will receive a confirmation email about joining the webinar.Topic Brief: The Bursa Carbon Exchange (BCX) is Malaysia’s first government-backed voluntary carbon exchange. This is a platform that allows companies to purchase voluntary carbon credits from climate-friendly projects and solutions. It provides an opportunity for Malaysian businesses to reduce their carbon footprint and contribute to reducing carbon emissions. Hence, the launch of the Bursa Carbon Exchange is timely given the growing impact of global warming, and the important role voluntary carbon markets will play to support financing for climate-friendly projects and solutions. This latest episode will discuss how Malaysian businesses can benefit from the Bursa Carbon Exchange as we explore the opportunities for Malaysian businesses in the voluntary carbon market and how they can contribute to reducing carbon emissions. We will also discuss the challenges that Malaysian businesses face in reducing their carbon footprint and the benefits of reducing carbon emissions for Malaysian businesses. Discussion Angles: -How can Malaysian businesses benefit from the Bursa Carbon Exchange? -What are the opportunities for Malaysian businesses in the voluntary carbon market? -How can Malaysian businesses contribute to reducing carbon emissions? -What are the challenges that Malaysian businesses face in reducing their carbon footprint? -How can this help businesses meet their sustainability goals? Moderator: Karamjit Singh, CEO, Digital News Asia Speakers: -Tommy Lim, CEO, ICT Zone -Mohan Kumar D, Workforce Services and Solutions Head, Greater Asia, HP Inc
Read more »

Malaysia-Indonesia capai kata sepakat pertahan kepentingan kelapa sawit | The Malaysian InsightMalaysia-Indonesia capai kata sepakat pertahan kepentingan kelapa sawit | The Malaysian InsightKedua-dua pemimpin menggariskan EU perlu segera menangani langkah diskriminasi tersebut dan berusaha ke arah penyelesaian yang adil dan saksama.
Read more »



Render Time: 2026-07-21 20:12:59