Affin Group Chief Economist warns that a geopolitical conflict in West Asia lasting over six months could drive inflation above 2.5 percent and force the government to review fiscal positions and RON95 fuel subsidies.
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berdepan tekanan inflasi yang lebih tinggi sekiranya konflik geopolitik di Asia Barat berlarutan melebihi tempoh enam bulan, sekali gus memberi kesan kepada kedudukan fiskal kerajaan.
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Affin, Alan Tan berkata, andaian awal perang akan berakhir dalam tempoh satu hingga tiga bulan kini perlu dinilai semula memandangkan konflik tersebut telah melepasi tempoh berkenaan. Katanya, sekiranya harga minyak mentah Brent terus kekal melebihi AS$110 setong untuk tempoh yang lama, Malaysia yang merupakan ekonomi terbuka bakal menerima impak melalui saluran perdagangan meskipun berstatus pengeksport minyak dan gas.
“Walaupun permintaan domestik kita kukuh didorong oleh sektor pelancongan, perbelanjaan swasta dan pelaburan pusat data di Johor, ia hanya mampu menampung kelembapan eksport untuk tempoh tertentu. “Sekiranya perang berlanjutan lebih enam bulan, kerajaan mungkin terpaksa melihat semula kedudukan kewangan fiskal mereka, termasuk kemungkinan membuat pelarasan terhadap harga bahan api RON95,” katanya pada Forum Kepimpinan dan Perkongsian ASEAN 2026 di sini, semalam.
Tambahnya, kadar inflasi negara yang ketika ini diramal pada julat 1.5 hingga 2.5 peratus berkemungkinan besar akan melepasi paras 2.5 peratus sekiranya tekanan harga minyak global tidak menunjukkan tanda penyusutan. Sementara itu, Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi Negara IPPFA, Mohd Sedek Jantan berkata, perbincangan di peringkat nasional mungkin perlu melibatkan peranan Petronas dalam membantu mengurangkan beban kenaikan harga bahan api.
Beliau turut menarik perhatian mengenai bagaimana blok ASEAN terkesan secara berbeza akibat konflik tersebut, yang mana ketiadaan integrasi ekonomi yang pantas menuntut negara anggota untuk lebih berhati-hati dalam mengemudi hala tuju mereka.
“Kuasa besar dunia ketika ini dilihat bukan sahaja melibatkan ASEAN, malah sebenarnya bersaing dalam ASEAN. Kita perlu melihat gambaran lebih besar bagaimana inflasi ini memberi kesan kepada pertumbuhan perniagaan di sekitar Asia.
“Di Malaysia, kepimpinan kerajaan setakat ini cuba meminimumkan impak melalui kawalan harga keperluan asas termasuk pengangkutan awam, namun daya tahan ini akan terus diuji oleh faktor global,” katanya. Tambahnya, krisis rantaian bekalan dan inflasi yang mencabar ini memerlukan koordinasi yang lebih mantap antara negara anggota ASEAN bagi memastikan kestabilan ekonomi serantau tidak terjejas sehingga menarik blok tersebut ke arah perpecahan. – UTUSAN
Inflation Malaysia Economy Oil Prices Geopolitics Fuel Subsidies
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia must capitalise on West Asia crisis, says FernandesLONDON, May 4 (Reuters) - It is not the record that Chelsea's owners dreamt of when they bought the club four years ago - Monday's 3-1 home defeat by Nottingham Forest means the Londoners have now lost six league games in a row for the first time since 1993.
Read more »
Ringgit opens nearly unchanged against USD but West Asia crisis could see it dipKUALA LUMPUR, May 5 — The ringgit opened nearly unchanged against the US dollar from yesterday’s close as markets await the latest decision by Bank Negara Malaysia’s (BNM)...
Read more »
North West Releases Debut Music Project with Support from Kanye West and FamilyNorth West, daughter of Kim Kardashian and Kanye West, has launched her first solo music project, a six-track rap-rock EP. The release was supported by her father Kanye West, along with other family members like Rob Kardashian, Khloe Kardashian, and Kris Jenner. North has previously performed with her father and is set to perform at Summer Smash festival.
Read more »
Ringgit strengthens ahead of BNM’s Monetary Policy Committee meetingThe ringgit opened higher against the US dollar on Wednesday ahead of Bank Negara Malaysia’s Monetary Policy Committee meeting, where policymakers will assess inflation and growth. The domestic unit traded at 3.9530/9635 against the greenback, compared with 3.9600/9635 at Tuesday’s close. Markets are also watching the impact of escalating tensions in West Asia on Malaysia’s inflation, with the Consumer Price Index rising 1.7% year-on-year in March 2026. The ringgit strengthened against the Japanese yen but weakened against the euro, British pound, Singapore dollar, Thai baht, and Philippine peso.
Read more »
Palestinian Ambassador Praises Malaysia, Seeks to Strengthen TiesPalestine's Ambassador to Malaysia Jehad Fouad Alqdra praised Malaysia as one of Palestine's most consistent and principled international supporters, reaffirming that while bilateral ties are firmly rooted in solidarity, mutual respect, and shared humanitarian values, Palestine also seeks to advance cooperation with Malaysia in broader areas such as in economy and trade. He expressed hope for an official visit by Palestinian Foreign Minister to Malaysia and sought Malaysia's active participation in the reconstruction process for the destroyed infrastructure in Gaza, bringing unique technology and building expertise.
Read more »
Diesel in West Malaysia, unsubsidised RON95 up 5 senThese prices are effective tomorrow until May 13.
Read more »




