KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri bersetuju supaya Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berkaitan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan...
: Jemaah Menteri bersetuju supaya Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman berkaitan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Palestin, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata pihaknya telah menerima kunjungan Duta Besar Palestin di Malaysia Walid Abu Ali di Menara MITI pagi tadi.“MoU ini akan saya tandatangani bagi pihak kerajaan Malaysia bersama rakan sejawat saya dari Palestin,” katanya dalam hantaran di media sosialnya pada Isnin. Tengku Zafrul berkata nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Palestin pada 2023 meningkat sebanyak 52.1 peratus atau RM20.8 juta berbanding pada 2022.“Kita juga akan menubuhkan Majlis Perniagaan Bersama Malaysia-Palestin untuk meningkatkan kerjasama dalam kalangan komuniti perniagaan kedua-dua negara.
“Segala usaha ini mencerminkan sokongan Malaysia terhadap usaha pembangunan dan kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya Beliau berkata kerajaan komited menyokong perjuangan rakyat Palestin dan akan terus bekerjasama dengan negara-negara sahabat untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi isu Palestin.Malaysia, Palestine to ink trade MOU, set up joint business council - Tengku Zafrul
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia Sedia Bawa Rakyat Palestin Tercedera Ke Malaysia Untuk Dapatkan RawatanPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memperuntukkan dana bagi merawat rakyat Palestin yang cedera terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.
Read more »
Himpunan pembebasan Palestin: Laungan bebaskan Palestin bergema di Axiata ArenaKUALA LUMPUR: Laungan ‘Bebaskan Palestin’ dan ‘Israel Bacul’ bergema di sekitar Axiata Arena, Bukit Jalil di sini apabila peserta mula tiba bagi mengh...
Read more »
Mesyuarat tergempar OIC: Malaysia cadang empat langkah utama tangani isu PalestinKUALA LUMPUR: Malaysia mencadangkan empat langkah utama untuk menyokong perjuangan Palestin, termasuk penubuhan kumpulan tokoh terkemuka yang ditugask...
Read more »
Mohamad suarakan pendirian Malaysia mengenai isu Palestin dalam mesyuarat tergempar OICKUALA LUMPUR: Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyuarakan pendirian Malaysia berkenaan isu Palestin dalam Mesyuarat Tergempar Jawata...
Read more »
USIM paling ramai pelajar Palestin di MalaysiaUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini merekodkan bilangan pelajar Palestin paling ramai iaitu 135 orang berbanding IPTA lain.
Read more »
Malaysia terbuka bincang isu Palestin - Mohamad HasanKUALA LUMPUR: Malaysia sentiasa terbuka untuk membincangkan isu Palestin dengan mana-mana pihak meskipun mengambil pendirian yang tegas dan tidak seha...
Read more »