Rap Menerusi status sama, Farah turut mempertahankan dirinya yang digelar perempuan murahan.
Farah tampil mempertahankan dirinya menerusi status di Instagram dan Facebook selain turut memuatnaik paparan skrin komen beberapa netizen.
“Aku boleh layan orang yang tikam belakang macam tetamu terhormat dan aku juga boleh layan sebaliknya. Baik lelaki baik perempuan tak payah nasihat orang. Orang pertama kau kena nasihat adalah diri sendiri. Hati kau tu,” tulisnya.“Yang kamu ‘stalk’ kemudian mengata kenapa? Yang sibuk menjadi ustaz dan ustazah segera aku tak layan. Ustaz dan ustazah yang penuh ilmu di dada tahu macam mana nak dekati aku.
Namun, Farah menganggap komen yang dilemparkan itu tidak memberikan kesan kepada diri dan keluarganya. “Pitt, kalau awak ada mesti awak dah gelak dan awak mesti risau sebab awak tahu Farah ini lain sikit. Setakat bercakap di alam maya tak perlu. Mari jumpa depan kita berhujah. Jangan tahu cabang kecil akar tapi tak tahu jenis pokok apa yang ditanam. Jangan tahu permukaan jalan raya saja tapi tidak tahu bawah tar jalan ada apa,” katanya.