“Hmmm… Sedapnya mi kari, tetapi tahukah anda bahawa ia juga mengandungi kalori yang agak tinggi,” kata pentadbir akaun berkenaan menerusi hantaran rujukan berbentuk infografik.
PUTRAJAYA: Mereka yang gemar memakan mi kari perlu melakukan senaman kendiri untuk mengelak tubuh badan bertambah berat akibat tiada pembakaran kalori hidangan tersebut. Demikian nasihat dari laman sosial kesihatan popular tempatan, Public Health Malaysia yang dipercayai merujuk aksi tular seorang tokoh politik membuat ulasan makanan itu minggu lalu.
“Hmmm… Sedapnya mi kari, tetapi tahukah anda bahawa ia juga mengandungi kalori yang agak tinggi,” kata pentadbir akaun berkenaan menerusi hantaran rujukan berbentuk infografik. Ia memaparkan keterangan ringkas iaitu untuk membakar kalori dalam tubuh selepas makan satu mangkuk mi kari, individu itu perlu berjalan kaki tanpa henti selama tempoh 147 minit. Jika tidak berkemampuan, mereka ada lagi pilihan lain sama ada menunggang basikal untuk paling kurang 81 minit atau berjoging paling lama 60 minit atau berenang sehingga 44 minit. Hantaran berkenaan memaklumkan bahawa satu mangkuk biasa mi kari mengandungi sejumlah 529 kalori iaitu lebih tinggi berbanding sepinggan nasi kerabu yang cuma sekitar 360 kalori. Malah, kadar tersebut lebih besar daripada sepinggan rendang daging cuma 468 kalori selain laksa asam , sekeping roti canai , apam balik atau semangkuk cendol . Bagaimanapun, kandungan hidangan mi kari lebih rendah berbanding mereka yang makan sepinggan mi goreng dengan 600 kalori, nasi lemak , nasi ayam atau kuetiau . Pada kebiasaannya, bagi setiap 8,000 kalori yang tidak ‘terbakar’ kerana sikap malas bersenam akan mengakibatkan pertambahan berat badan individu mampu mencecah satu kilogram. Hantaran berkenaan tular diperkatakan warganet apabila menerima hampir 7,000 tanda reaksi di samping lebih 1,200 ulasan netizen dan dikongsi pengguna media sosial sekitar 1,600 kali. Minggu lalu, gelagat bersahaja pemimpin siasah itu menikmati mi kari di pejabatnya menerima kritikan banyak pihak sebagai tidak peka dengan situasi rakyat yang tertekan akibat Covid-19.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dalam kepala banyak idea, tak boleh putus asa – Rohas Remi - Utusan Digital“Namun, saya tetap berusaha untuk menjual album itu dengan pergi ke gig-gig dan jemputan persembahan. Kebetulan terjumpa wakil dari label rakaman Luncai Emas dan sejak itu, kami mula berhubung.'
Read more »
Teh Tarik Place 'belanja makan' semua olimpian Tokyo 2020 seumur hidup - Utusan Digital'Rezeki' tersebut dikongsikan oleh restoran terkemuka negara, Teh Tarik Place sebagai membalas jasa serta menghargai keringat yang dicurahkan olimpian ketika menyertai temasya di negara matahari terbit itu.
Read more »
Sarawak tidak boleh lagi hilang mata - Sharbinee - Utusan DigitalSharbinee Allawee mengakui Sarawak United perlu lebih cemerlang bagi mengelak kehilangan mata dalam saingan Liga Perdana.
Read more »
Pengusaha pelancongan Sarawak masih bergelut walau sekatan dilonggar | The Malaysian InsightMereka ambil pendekatan berhati-hati kerana sekatan boleh dikenakan semula jika kes Covid-19 kembali naik.
Read more »
Jumlah kanak-kanak dijangkiti Covid-19 naik ketara, kata pakar kesihatan | The Malaysian InsightAda beberapa kes yang dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi jantung akibat jangkitan Covid-19.
Read more »




