Beyond the Breaking News

Majlis hari jadi dilarang di Daerah Funing, China - Utusan Digital

Malaysia News News

Majlis hari jadi dilarang di Daerah Funing, China - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Larangan itu susulan gesaan kerajaan pusat untuk lebih berjimat-cermat

BEIJING: Pihak berkuasa tempatan di sebuah daerah di barat daya China melarang penganjuran majlis hari jadi dan beberapa sambutan lain bermula bulan ini. Larangan itu dikenakan susulan gesaan kerajaan pusat China supaya lebih berjimat-cermat khususnya ketika pandemik Covid-19.

Lapor BBC, pihak berkuasa tempatan turut mengenakan beberapa peraturan baharu bagi penganjuran majlis perkahwinan dan upacara pengebumian. Peraturan itu termasuk larangan pemberian wang tunai sebagai hadiah melebihi 200 yuan dalam majlis tersebut. Berdasarkan peraturan baharu yang dikeluarkan minggu lalu, penganjuran majlis sosial seperti doa selamat dan majlis hari jadi tidak dibenarkan bermula bulan ini. Peraturan di daerah Funing, wilayah Yunnan hanya melibatkan ahli parti Komunis, penjawat awam serta ketua kampung dan bukannya semua penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.Pada 2015, mereka dilarang daripada mengadakan beberapa majlis sosial dan juga menghadiri sambutan sebagai sebahagian usaha pencegahan rasuah. Bagaimanapun, China sebelum ini pernah menasihatkan rakyatnya untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana dan mengecam pembaziran. – AGENSI

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Nekad rentas daerah tanpa kebenaran, remaja didenda RM5,000Nekad rentas daerah tanpa kebenaran, remaja didenda RM5,000Remaja itu didenda kerana gagal mengemukakan surat kebenaran atau sebarang dokumen berkaitan. FMTNews PenangSentral Denda
Read more »

SOP? Gambar majlis perpisahan di laman FB 'Johor Southern Tigers' dikritik warganetSOP? Gambar majlis perpisahan di laman FB 'Johor Southern Tigers' dikritik warganetWarganet mengkritik gambar dikatakan majlis perpisahan bagi kapten pasukan JDT di laman Facebook 'Johor Southern Tigers'. FMTNews JDT JohorSouthernTigers SOP PKP MCO
Read more »

Gesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB diadakan lagi - Utusan DigitalGesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB diadakan lagi - Utusan DigitalGesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB diadakan lagi
Read more »

PKP 3.0: 11,561 mohon rentas negeri, daerah - Utusan DigitalPKP 3.0: 11,561 mohon rentas negeri, daerah - Utusan DigitalPolis juga akan melakukan pemantauan dari rumah ke rumah pada hari raya ini.
Read more »



Render Time: 2026-07-22 02:02:52