Majlis Bandaraya P Pinang nafi tak lulus pasang bendera Palestin

Malaysia News News

Majlis Bandaraya P Pinang nafi tak lulus pasang bendera Palestin
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 DailyExpress_MY
  • ⏱ Reading Time:
  • 75 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 33%
  • Publisher: 83%

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menafikan tidak meluluskan permohonan pemasangan bendera Palestin sepanjang 15m di Flat Jalan Sungai, malah pihaknya tiada halangan untuk menunjukkan tanda solidariti terhadap pergolakan berlaku kepada rakyat Palestin.

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang menafikan tidak meluluskan permohonan pemasangan bendera Palestin sepanjang 15m di Flat Jalan Sungai, malah pihaknya tiada halangan untuk menunjukkan tanda solidariti terhadap pergolakan berlaku kepada rakyat Palestin.

MBPP dalam kenyataan menjelaskan, pemasangan bendera Palestin di Flat Jalan Sungai itu, dibuat sebelum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan itu.“Permohonan dikemukakan kepada MBPP pada 11 Okt dan kelulusan telah dibuat pada 23 Okt, namun bendera Palestin tersebut telah digantung pada 14 Okt, yang mana ia digantung sebelum tarikh kelulusan dikeluarkan.

“Bendera tersebut digantung sebelum MBPP memberi maklum balas secara bertulis kepada pihak berkenaan melalui surat rasmi bertarikh 23 Okt dan tindakan menaikkan bendera tersebut tanpa mendapatkan kelulusan MBPP, dianggap sebagai melanggar garis panduan MBPP,” menurut kenyataan itu. Kenyataan itu memaklumkan bahawa sebarang cadangan pemasangan peralatan atau pelaksanaan aktiviti di premis MBPP, perlu mendapatkan kelulusan mereka terlebih dahulu, namun atas keprihatinan MBPP, bendera itu masih digantung di situ, malah MBPP tiada halangan untuk menunjukkan tanda solidariti terhadap pergolakan yang berlaku kepada rakyat Palestin.

Pada Khamis, tular di aplikasi TikTok mengenai sepucuk surat MBPP, yang didakwa tidak meluluskan permohonan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung untuk menaikkan bendera Palestin di Flat Jalan Sungai.Sebelum ini, penduduk telah menaikkan bendera Palestin sepanjang 15m di flat tersebut, sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin.* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel for the latest news you don't want to miss.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

DailyExpress_MY /  🏆 3. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

MBMB Upgrades Playground to be Autism-FriendlyMBMB Upgrades Playground to be Autism-FriendlyTaman Permainan Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kini mengetengahkan konsep mesra kanak-kanak autisme
Read more »

Sudah cipta lagu untuk Palestin sejak tahun 90-an, Nash ajak dengar Ya MaulanaSudah cipta lagu untuk Palestin sejak tahun 90-an, Nash ajak dengar Ya MaulanaSudah cipta lagu untuk Palestin sejak tahun 90-an, Nash ajak dengar Ya Maulana
Read more »

PDRM SEDIA HANTAR PASUKAN SERTAI MISI PENGAMAN KE PALESTINPDRM SEDIA HANTAR PASUKAN SERTAI MISI PENGAMAN KE PALESTINKUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menghantar anggotanya ke Palestin untuk menyertai misi pengaman sekiranya ada permintaan ber...
Read more »

Israel perhebat kawalan di utara Gaza, penduduk Palestin tunggu masa dibunuhIsrael perhebat kawalan di utara Gaza, penduduk Palestin tunggu masa dibunuhLebih 900,000 orang awam di utara Gaza seakan menunggu masa dibunuh zionis selepas kawasan berkenaan dikelilingi tentera Israel yang memperhebat serangan melumpuhkan rangkaian terowong Hamas.
Read more »

Israel, AS wajar dinobat pengganas terbesar dunia?Israel, AS wajar dinobat pengganas terbesar dunia?Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan beberapa kumpulan pejuang Palestin seperti PLF, PIJ dan Hizbullah sebagai pengganas
Read more »

Siapa bilang tiada Cina cinta Palestin dan anti-ZionisSiapa bilang tiada Cina cinta Palestin dan anti-ZionisSiapa pula yang bilang kepadamu bahawa tiada Cina yang mencintai Palestin dan anti-Zionis?
Read more »



Render Time: 2025-02-12 17:03:38