MAIPs terima sijil tanpa teguran Ketua Audit Negara 11 tahun berturut-turut
ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis menerima sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan jabatan itu bagi tahun 2022.
Ia sekali gus menyaksikan MAIPs menerima sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara itu buat kali ke-11 berturut-turut yang bermula pada tahun 2012 sehingga 2022. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs, berkenan berangkat menghadiri majlis penyerahan sijil tersebut yang diterima daripada Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi di Galeri Diraja Arau di sini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof; Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Hakim Syarie Perlis, Jaidi Ahmad; Timbalan Yang Dipertua MAIPs, Dr. Hazman Hassan dan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. Pihak MAIPs telah melaksanakan pengurusan kewangan berdasarkan ketetapan yang digariskan oleh Jabatan Audit Negara yang mana penyata kewangan telah disediakan dan dipersembahkan mengikut piawaian, angka-angka yang diperakaunkan menepati serta mematuhi standard perakaunan yang diterima pakai.“Rekod baik tersebut perlu dan wajar dikekal pada tahun-tahun berikutnya serta menjadi contoh kepada agensi-agensi lain di Perlis,” titah baginda.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
8,000 kes hilang MyKad setiap tahun, kata JPNKetua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Zamri Misman berkata antara alasan ialah salah letak MyKad.
Read more »
Kadar pengangguran negara kekal 3.4% pada JulaiKetua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata pasaran buruh negara dilihat berkembang secara sederhana.
Read more »
Peniaga roti canai dipenjara sebulan masuk Istana Negara tanpa kebenaranKUALA LUMPUR: Seorang peniaga roti canai dipenjara sebulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memasuki kawasan Istana N...
Read more »
Program ‘Ini Warisan Kita’ platform pelajar selami budaya, warisan negaraKLANG: Program ‘Ini Warisan Kita’ anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dijadikan sebagai tapak interaksi sosial buat pelajar untuk mengenali kep...
Read more »
Perluas program Rukun Negara di kawasan kampungKUCHING: Penganjuran pertandingan yang mengetengahkan konsep Rukun Negara perlu diperluas ke kawasan kampung dan pedalaman di negeri ini bagi menyemai...
Read more »