Mahu jual semula tiket konsert BTS di Paris, peminat dakwa Ernie Zakri hamil
Demikian respons penyanyi, Ernie Zakri menafikan dakwaan dirinya sedang berbadan dua kerana mahu menjual kembali tiket konsert kumpulan K-Pop popular Korea Selatan, BTS di Paris.
Menurut Ernie, dia memiliki dua tiket VIP konsert tersebut yang dibeli secara rawak, namun terpaksa dilepaskan tanpa memaklumkan sebab yang terperinci.
“Saya mahu tanya sahaja. Kalau ada yang mahu beli tiket konsert BTS tapi di Paris, ada yang nak ke? Sebab saya ada dua. Tempat duduk VIP.
Tolonglah ada yang mahu beli “Kaki konsert main beli saja dulu. Tapi harganya agak mahal sebab saya beli dalam nilai mata wang Eropah,” katanya di Threads. Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang musykil mengapa penyanyi lagu Masing-Masing itu tidak dapat menghadiri konsert berkenaan. Dalam masa sama, ada yang berseloroh mendakwa Ernie kini sedang hamil susulan sebelum ini dia juga tidak dapat menghadiri konsert lain yang berlangsung di Singapura.
“Kak Ninie ini Singapura tidak dapat pergi, Paris tidak dapat pergi. Mengandung ke? ,” seloroh seorang peminatnya. Difahamkan, seramai 1.3 juta peminat kumpulan K-Pop itu berperang untuk mendapatkan tiket konsert BTS World Tour ‘ARIRANG’ yang dijadualkan bakal berlangsung pada 12 Disember ini sejak Rabu lalu. -UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Late to the game: S.Korea now embracing pickleball, with celebs including BTS members joining inSEOUL, June 2 — Pickleball is gaining momentum across South Korea, with participation rising among both younger and older players and public facilities struggling to keep up with...
Read more »
Heavy traffic as 1.3 million users flood online queue as BTS KL presale kicks offKUALA LUMPUR, June 3 — There are approximately 1.3 million online users currently in the queue for the official membership presale of the upcoming BTS World Tour ‘Arirang’ in...
Read more »
PRN Johor: Wanita BN mahu lebih ramai calon wanita diketengahkanSayap Wanita Barisan Nasional (BN) mahu lebih ramai calon wanita diketengahkan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.
Read more »
BTS World Tour 'Arirang' KL Presale Sells Out in Five HoursThe official membership presale for the BTS World Tour 'Arirang' in Kuala Lumpur sold out completely within five hours, with resellers also appearing on social media and online marketplaces.
Read more »




