Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam diraja UK wakili Najib
Rayuan Peguam Diraja dari UK untuk mewakili Najib Razak dalam kes SRC bersifat akademik, berikutan Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lepas serta Mac tahun ini telah mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Ogos 2023.
MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak rayuan Peguam Diraja dari United Kingdom Jonathan Laidlaw untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara bagi mewakili Najib Razak dalam kes jenayah SRC International Sdn Bhd . Hakim Zabariah Mohd Yusof, yang mengetuai panel tiga hakim, dalam keputusan sebulat suara membenarkan permohonan empat responden untuk menolak rayuan Laidlaw untuk mewakili bekas perdana menteri itu.
Hakim memutuskan rayuan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam kes SRC adalah bersifat akademik, berikutan Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lepas serta Mac tahun ini telah mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib. Empat responden itu ialah Jabatan Peguam Negara , Badan Peguam, Jawatankuasa Badan Peguam Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kes bunuh bapa: Pemandu lori didakwa di mahkamahP Niruben, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret V Vanita, tetapi tiada pengakuan direkodkan.
Read more »
Ibu hadir kali pertama ke mahkamah beri sokongan pada YasinPETALING JAYA: Meskipun kerap menziarahi penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman di penjara, ibunya, Suzanah Abdullah hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini buat pertama kali bagi mengikuti prosiding kes.
Read more »
DAP janji tidak ganggu agama Islam, kata Zahid | The Malaysian InsightTPM berkata parti itu sentiasa menghormati agama Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Read more »