Luruan monsun dijangka di timur Semenanjung esok, kata MetMalaysia | The Malaysian Insight

Malaysia News News

Luruan monsun dijangka di timur Semenanjung esok, kata MetMalaysia | The Malaysian Insight
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 msianinsight
  • ⏱ Reading Time:
  • 44 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 63%

Luruan monsun dijangka di timur Semenanjung esok, kata MetMalaysia

LURUAN monsun dijangka berlaku di timur Semenanjung bermula esok hingga 23 Januari ini dan berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan yang terlibat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata jabatan itu telah mengeluarkan amaran hujan berterusan kepada negeri yang terbabit iaitu Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa dari esok hingga 22 Januari. “Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan barat Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan awal malam dalam tempoh ramalan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan dikeluarkan berkuat kuasa sehingga 23 Januari. Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – Bernama, 18 Januari, 2023.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

msianinsight /  🏆 8. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-02-27 13:46:54