'Lucu tapi comel...'

United States News News

'Lucu tapi comel...'
United States Latest News,United States Headlines

melaka NIAT suami isteri, Lans Koperal Sapiee Hasumbni dan Zainor Haneza Zainordin memakaikan plastik kepada anak bongsu mereka, Qurrata Akyun berusia lima bulan hanyalah untuk bergurau, tetapi lain jadinya apabila disalah erti segelintir warganet.

Menurut Sapiee, 32, dia terkejut dengan maklum balas warganet dan mulanya tidak tahu gambar berkenaan tular di media sosial sehingga diberitahu rakannya, hari ini. Menceritakan kisah sebenar, Sapiee berkata, gambar itu diambil pada Selasa lalu selepas dia dan isteri pulang ke rumah dari rumah inap mereka di Banda Hilir, Melaka.

Katanya, isterinya memuatnaik gambar itu ke Facebook pada malam hari sama untuk berkongsi dengan pengikut di platform berkenaan.“Sebelum pulang ke rumah, saya dan isteri bersama anak singgah di rumah inap kami bagi melihat perkembangannya yang sedang dalam pembinaan. “Tiba-tiba, kami terhidu bau najis dan memandangkan tiada lebihan lampin pakai buang, datang idea untuk menggunting plastik seperti bentuk baju tanpa lengan dan memakainya pada badan Qurrata. “Plastik itu dipakaikan di bahagian luar baju untuk mengelak najis pada lampin pakai buang itu bocor hingga terkena pada tempat duduk kenderaan. “Setibanya di rumah, kami mengambil gambarnya kerana merasakan dia comel berpakaian seperti itu, tetapi ada salah faham hingga menegur isteri saya dengan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Sapiee berkata, ada segelintir warganet menuduhnya dan isteri tidak tahu menjaga anak hanya kerana bertindak sebegitu. Katanya, dia dan isteri tidak berkecil hati kerana lebih banyak komen positif daripada kecaman diterima. “Saya tidak meneliti satu persatu komen ditinggalkan warganet pada gambar tular di laman sosial itu, tetapi berdasarkan pemerhatian secara rawak, majoritinya memberi maklum balas positif. “Hanya beberapa komen saja negatif tetapi saya pesan pada isteri supaya tidak mengambil serius, berkecil hati atau membalas dengan kata-kata tidak baik. “Lucu sebenarnya dan saya ketawa setiap kali melihat perkongsian gambar itu di laman sosial kerana tidak sangka impaknya sebegini rupa,” katanya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Tak perlu henti ECRL, tapi runding semula kosnya, kata AnwarTak perlu henti ECRL, tapi runding semula kosnya, kata AnwarAnwar Ibrahim berkata soal tidak setuju dengan ECRL tidak berbangkit tetapi perkembangan perbicaraan 1MDB-Tanore perlu diambil kira. FMTNews
Read more »

Barcelona menang tapi Messi terima padahBarcelona menang tapi Messi terima padahMADRID 25 Sept. - Lionel Messi terima padah ketika membantu Barcelona meraih kemenangan yang dicari-cari ke atas Villareal 2-1 awal hari ini apabila ditimpa kecederaan serius di paha kirinya sehingga menyaksikan dia digantikan di babak kedua oleh Ousmane Dembele.
Read more »

Bukan kes ragut, tapi kes dadahBukan kes ragut, tapi kes dadahdungun POLIS merampas satu botol heroin dan lima paket syabu hasil penahanan seorang lelaki di hadapan sebuah bank di Pusat Niaga Paka, Dungun, semalam.
Read more »



Render Time: 2026-05-07 10:18:48