kualalumpur Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah sejak Sabtu lalu, sudah beroperasi semula mulai 1 tengah hari tadi.
Perkembangan terbaharu itu disahkan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataan yang memberitahu proses rawatan dan pengeluaran air terawat akan mengambil sedikit masa sebelum bekalan stabil untuk disalurkan kepada pengguna.
“Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berkaitan penyaluran air terawat kepada pengguna dari semasa ke semasa. “Untuk memastikan tahap pencemaran bau tidak meningkat semula di air mentah Sungai Semenyih, Lembaga Urus Air Selangor sedang mengambil langkah proaktif dengan mengepam air dari Tasik Idaman ke Sungai Semenyih bagi tujuan penstabilan dan pencairan pencemaran bau ini,” katanya, hari ini.
Kata kenyataan itu, sebanyak 11 Pusat Khidmat Setempat terus beroperasi 24 jam di empat wilayah terjejas dan pengguna disarankan untuk berurusan dengan pihak Air Selangor supaya aduan dan masalah dapat ditangani segera. Sabtu lalu, sumber air mentah Sungai Semenyih dikesan mengalami pencemaran bau sejak 7.15 pagi dan insiden memberi impak kepada 1.5 juta pengguna di Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
SPAN: Pembuangan sisa secara haram punca LRA Sungai Semenyih tercemarSPAN berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang melakukan perbuatan sangat tidak boleh diterima itu. FMTNews SPAN
Read more »
Loji Sungai Semenyih masih ditutup untuk hari ke-2 | The Malaysian InsightKerja pembersihan sedang giat dilakukan bagi mengurangkan pencemaran air sebelum bekalan dapat sambung semula.
Read more »
Pencemaran bau Sungai Semenyih belum pulihKualaLumpur Air Selangor memaklumkan, sehingga kini IWK dan pelbagai agensi lain seperti LUAS sedang giat membersihkan lubang kumbahan berhampiran loji rawatan kumbahan.
Read more »
Selangor ambil langkah sementara sebelum pencemaran Sungai Semenyih pulih | The Malaysian Insight70 buah lori tangki air dan 16 buah lori tangki jumbo juga dihantar ke kawasan yang terjejas, kata Pejabat Menteri Besar.
Read more »
Segera 'cairkan' pencemaran Sungai Semenyihshahalam Beberapa langkah segera diambil susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi akibat pencemaran bau Sungai Semenyih sejak Sabtu lalu.
Read more »