Ng Tze Yong membawa bekalan psikologi terbaik apabila membuat penampilan sulung pada kejohanan Super 1000 Terbuka Malaysia yang berlangsung 10 hingga 15 Januari depan apabila kini mendaki tangga ke-25 dunia.
Ia peningkatan memberangsangkan buat pemain badminton kelahiran Johor itu memandangkan Januari tahun lalu dia berada di tangga ke-60 dunia perseorangan lelaki.
Tze Yong enggan menoleh ke belakang dan tekad mahu memperbaiki lagi ranking dunia tahun ini, sekali gus memberi kelebihan buatnya dari segi undian kejohanan. “Sasaran saya pastinya lebih tinggi tahun ini, jadi saya harap saya mampu untuk mencapainya, kalau boleh naik ke dalam kelompok 20 terbaik. “Saya rasa sekarang stamina saya sudah semakin baik tetapi masih perlu kejohanan yang saya sertai kerana taraf kejohanannya adalah lebih besar dan saya tidak pernah beraksi di kejohanan besar, jadi saya kena lebih bersedia untuk beraksi di lapangan,” jelas Tze Yong.Tugas yang mencabar buat pemain berusia 22 tahun ini kerana dia bakal membuat perhitungan dengan pemain Ireland, Nhat Nguyen yang kini dilatih bekas pemain Malaysia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin.
Sekiranya dia berjaya meneruskan kemaraan, Tze yong akan bertemu dengan bekas seniornya yang juga pilihan kedua kejohanan, Lee Zii Jia dan ia bakal menjadi pertemuan menarik kerana kedua-dua pemain tidak pernah berentap sejak beralih ke peringkat senior.“Saya rasa semua kejohanan yang saya bakal sertai akan menjadi lebih susah, apatah lagi tahun ini juga tahun kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 tetapi saya akan fokus dan memberikan yang terbaik,” jelas Tze Yong.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tze Yong to go the extra mile to qualify for Paris OlympicsPETALING JAYA: National men’s singles shuttler Ng Tze Yong is determined to work his butt off to achieve his dream of playing in the 2024 Paris Olympic Games.
Read more »
Former N.Korean Foreign Minister Ri Yong Ho likely executed last year: ReportFour or five officials from North Korea’s foreign ministry appear to have been executed successively around the time of Ri’s death, according to the report. theSun theSundaily NorthKorea minister RiYongHo executed
Read more »
Superman and the X-Men lead a super new year ahead for superhero comic books2023 promises to be a big year for comics, with big events shaking up the status quo in the Marvel and DC universes, and the return of a beloved Malaysian hero.
Read more »
UiTM FC tarik diri dari Liga Super 2023Masalah kewangan adalah salah satu daripada punca penarikan diri dan pasukan Lion Troops kini akan meneruskan perjuangan dalam Liga M3.
Read more »