bolatime LIVERPOOL dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris tanpa menendang bola selepas Chelsea menewaskan Manchester City 2-1 awal pagi tadi sekali gus menamatkan penantian 30 tahun.
Skuad Jurgen Klopp mengesahkan gelaran ke-19 kelab dengan rekod baki tujuh perlawanan selepas City di tangga kedua ketinggalan 23 mata.
Liverpool hanya memerlukan dua mata untuk mengakhiri kemarau mereka selepas membelasah Crystal Palace 4-0 di Anfield, semalam. Selepas kemenangan ke-28 daripada 31 perlawanan musim ini, bintang Liverpool, Mohamed Salah menegaskan 'sekarang detik untuk kami menjuarai liga' dan 24 jam kemudian hajatnya tercapai.Penalti Willian pada minit ke-78 selepas bola terkena tangan Fernandinho mengakhiri penguasaan City selama dua tahun sebagai juara bertahan. Tuan rumah sebelum itu terlebih dahulu di depan hasil jaringan Christian Pulisic sebelum disamakan Kevin De Bruyne.
Liverpool juga kelab paling awal mengesahkan kejuaraan berbanding juara Liga Perdana yang lain mengatasi rekod baki lima perlawanan dikongsi bersama City dan Manchester United. REAKSI pengurus Manchester City, Pep Guardiola selepas pasukannnya tewas di Stamford Bridge. FOTO AFP
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
City beaten, Liverpool are English champions again after 30 yearsThe Citizens’ 2-1 loss at Chelsea hands the Reds their first Premier League title. FMTNews ManchesterCity Chelsea Liverpool PremierLeague
Read more »
Banjir paling teruk dalam tempoh 30 tahunPontian Penduduk Kampung Baru Orang Asli Kuala Benut, Mukim Sungai Pinggan, dekat Pontian, bimbang apabila air sungai di kampung itu melimpah sehingga menenggelamkan beberapa rumah penduduk, sejak dua hari lalu.
Read more »
Premier League: City lose to Chelsea, ending Liverpool’s 30-year wait for the titlePETALING JAYA: Manchester City lost 1-2 away to Chelsea, handing Liverpool FC their first Premier League title and ending their 30-year wait to be crowned champions of English football.
Read more »
Satu daripada 3 pekerja di Malaysia dipotong gaji sehingga 30%, kata JobStreet | The Malaysian InsightMenurut kaji selidik, terdapat segelintir majikan dan pekerja terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Read more »