PortDickson Lima lelaki berusia antara 17 tahun hingga 20 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan PKP di Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini.
Pengakuan itu dibuat kelima-lima tertuduh di hadapan Majistret Siti Huzaifah Abdul Talib sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Tertuduh iaitu pelajar berusia 17 tahun bersama empat rakannya, Luqman Haqem Nor Hisham, 18, Muhamad Rafizul Helmi Muhamad Raus, 20, Syareedza Saifulnizam, 19, dan Aiman Khuzairie Nordin, 19, didakwa ingkar PKP apabila pada 1.40 pagi 30 April lalu didapati berhimpun di kawasan lapang di Fasa 2, Bandar Springhill, Lukut, Port Dickson.
Mereka gagal memberikan alasan sah dan munasabah kerana berhimpun di tempat awam ketika ditahan polis. Mereka didakwa mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Perkara 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.Pesalah juvana terbabit dibenarkan ikat jamin RM500 sementara menanti tarikh sebutan semula pada 16 Jun ini manakala empat rakannya didenda RM900 setiap orang.Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2020 @ 5:19 PM
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Persepsi PKP tamat adalah salah, kata Noor HishamNoor Hisham berkata, PKP masih berjalan dan kepatuhan kepada SOP adalah penting. FMTNews PKP
Read more »
Kanak-kanak jadi burung hantu ketika PKP?KUALA LUMPUR: Kedua-dua anak Mary seolah-olah jadi seperti burung hantu dalam tempoh lebih 50 hari kebelakangan ini dengan berjaga lewat malam dan tid...
Read more »
Penganggur didenda RM2,500 kerana ceroboh masjid, ingkar PKP | The Malaysian InsightMajistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Norazman Ruslan ,30, selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.
Read more »
6 rakan mahu buka puasa di bilik hotel didakwa ingkar PKP | The Malaysian InsightMajistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu selepas semua tertuduh yang berusia lingkungan 30 hingga 36 tahun mengaku bersalah.
Read more »
Mengurus emosi, mental ketika PKPSihat Bukan mudah menyesuaikan diri dengan suasana kebiasaan baharu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan PKP
Read more »
28,992 ditahan langgar PKPKualaLumpur Seramai 28,992 individu ditahan di seluruh negara kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan PKP sejak 18 Mac hingga semalam.
Read more »