KualaKubuBharu إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Kemalangan itu membabitkan kereta Perodua Myvi dinaiki kelima-lima mangsa dengan sebuah lori membawa muatan buah.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, pemandu kereta Perodua Myvi, Mohamad Rodzi Abdul Kadir, 52, serta empat penumpang kenderaan itu iaitu Jamilah Jalim @Jamil, 47, Bashirah, 49, Nur Intan Mohamad Rodzi, 18, dan Nur Shifa Abdul Rashid, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Azman Ab Rahman berkata, kemalangan itu membabitkan kereta Perodua Myvi dinaiki kelima-lima mangsa dengan sebuah lori membawa muatan buah. “Kemalangan ini berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 35 tahun terbabit dalam perjalanan dari Selama menuju ke Selayang.
“Sebaik tiba di lokasi, lori berkenaan dilanggar dari arah belakang oleh kereta Perodua Myvi di lorong kiri lebuh raya terbabit. “Akibat pelanggaran itu, pemandu dan empat penumpang kereta Myvi terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.“Kemalangan itu menyebabkan lori terbabit rosak di bahagian belakang, manakala kereta berkenaan rosak di bahagian hadapan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ajal dua beranakDUA beranak maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Masjid di Pasir Gudang, hari ini.
Read more »
McDonald's tutup semua restorannya di PeruLIMA: McDonald’s menutup semua restorannya di Peru selama dua hari sebagai tanda berkabung selepas dua orang pekerjanya mati, menurut syarikat itu di Twitter.
Read more »
Ibu bapa risau, keliru dasar kerusi keselamatan kanak-kanak | The Malaysian InsightPutrajaya mewajibkan penggunaannya dalam kenderaan mulai 1 Januari tahun depan, tetapi ibu bapa berdepan beberapa masalah.
Read more »
Kasut, selipar tiruan dirampasPREMIS memproses kasut dan selipar tiruan pelbagai jenama di Kawasan Perindustrian Mengelembu dan Kawasan Perindustrian Chandan Raya di Ipoh, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, semalam.
Read more »
200 mangsa banjir Johor dibenarkan pulangJohorBahru Ini menjadikan jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini seramai 2,469 orang sehingga 12 tengah hari.
Read more »