Beyond the Breaking News

Lima lagi kes positif berkaitan Parlimen - Utusan Digital

Malaysia News News

Lima lagi kes positif berkaitan Parlimen - Utusan Digital
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Pertambahan lima kes tersebut adalah kes semasa Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang diadakan pada 26 hingga 29 Julai lalu.

PUTRAJAYA: Sebanyak lima lagi kes positif Covid-19 berkaitan sidang Dewan Rakyat dilaporkan hari ini menjadikan jumlah terbaharu yang dijangkiti seramai 102 individu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr.

Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan lima kes tersebut adalah kes semasa Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang diadakan pada 26 hingga 29 Julai lalu. Beliau berkata, kelima-lima kes baharu tersebut telah dimaklumkan pada 13 Ogos lalu melibatkan lima sekeluarga di mana kes pertama bergejala adalah individu yang menghadiri sidang Parlimen tersebut. “Tiga kes mempunyai nilai kitaran ambang atau CT value RT PCR antara 16.98 sehingga 22.76 manakala dua lagi adalah di antara 28.98 sehingga 33.98 . “Kesemua mereka telah lengkap mendapat dua dos vaksin. Mereka hanya bergejala ringan dan menjalani kuarantin di kediaman masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan bersama Parlimen dan Majlis Keselamatan Negara melaksanakan kesiapsiagaan bagi menambah baik persediaan pembukaan semula Parlimen bertujuan mengurangkan lagi risiko penularan jangkitan sebelum dan semasa persidangan. Beliau berkata, kesiapsiagaan itu terdiri daripada tindakan memastikan individu pelbagai kategori dari pelbagai negeri yang hadir ke Parlimen adalah sihat dan tidak dijangkiti Covid-19 pada masa tersebut. “Selain itu ia melibatkan keadaan persekitaran serta bahagian dalaman Parlimen dikaji dan ditambah baik supaya selamat, kurang risiko dan tidak menjadi tempat penularan Covid-19,” katanya.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Dua negeri dan tiga wilayah catat penurunan kes kategori tiga hingga lima - Utusan DigitalDua negeri dan tiga wilayah catat penurunan kes kategori tiga hingga lima - Utusan DigitalKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua negeri tersebut ialah Sarawak yang kini mencapai 55.7 peratus vaksinasi populasi dewasa manakala, Negeri Sembilan sebanyak 40.1 peratus.
Read more »

'Tiada lagi gelaran ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang' - Utusan Digital'Tiada lagi gelaran ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang' - Utusan Digital'Jika menjadi kenyataan, tiada lagi gelaran ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang. Semua ahli-ahli Yang Berhormat akan menjadi 'wakil rakyat' dalam erti kata sebenar istilah itu tanpa mengira pegangan ideologi atau keahlian parti,' katanya dalam…
Read more »

Kes positif Covid-19 di Selangor menurun - Utusan DigitalKes positif Covid-19 di Selangor menurun - Utusan DigitalPengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, bilangan kes di 27 Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Selangor juga turut menunjukkan penurunan selaras dengan pelaksanaan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO)…
Read more »

Banjir di China: Lima bandar diisytiharkan zon merah - Utusan DigitalBanjir di China: Lima bandar diisytiharkan zon merah - Utusan DigitalPasukan penyelamat dikerahkan ke kawasan terjejas termasuk bandar Suizhou, Xiangyang dan Xiaogan.
Read more »



Render Time: 2026-08-12 14:49:23