Mohamad Saidi Che Omar, 31, mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Mahkamah memerintahkan Mohamad Saidi Che Omar menjalani hukuman penjara lapan tahun dari tarikh ditangkap serta denda RM3,000.
Hakim Rohaida Ishak menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Saidi Che Omar, 31, yang mengaku bersalah atas tuduhan bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan tahun dari tarikh ditangkap serta denda RM3,000. Sekiranya gagal membayar denda, hukuman tambahan lima bulan penjara dikenakan.
Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili Mohamad Saidi, Hennie Soraya Hanafi, merayu hukuman penjara paling singkat kerana anak guamnya perlu menyara anak yang masih bersekolah, selain masih menanggung ibu bapa dan adik.